Friday, November 27, 2009

Respon terhadap Artikel dlm Blog Alalorstari

Salam
Respon aku terhadap artikel Suhbat Bersama Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.

1. Memula skali aku rasa lebih elok ku nyatakan awal2 bahawa yg aku tulis ni berdasarkan pengalaman n apa yg diceritakan pd aku je.

Ke 2, jika ada cite2 yg agak menimbulkan tandatanya spt.. Biar Betul? Yer ke? atau semakna dgnnya. Terpulang nk percaya atau tidak.

ke3, Jika cerita ku ni spt mengangkat2 or dlm ln perkataan masuk bakul angkat sendiri.. Sila rujuk no 1.

Ok aku mulai...

Blog Ust Hambali ni da lama aku baca. Aku terjumpa pn cara x sengaja. Dlm duk cari info ttg Ijtima Sepang Julai lalu terjumpa blog Ust ni. Memula masa tgk muka beliau di muka dpn aku x perasan sgt la, bila aku belek2 artikel2 yg beliau tulis n terlihat wajah beliau dlm artikel2 yg lain. Mmm aku mmg pernah jumpa dia. Masa aku duduk sekejap di Seremban mmg pernah aku jumpa dgn Ust Ni. Biasalah 1 line.

Tambahan pula masa aku keluar sekitar Sikamat Seremban, Ust ni pernah menziarahi jemaah kami. Aku spt biasa duk blkg2 je la.. Masih ku ingat lh kata2 beliau skali slps kwn ku bg sedikit penerangan terhadap org tempatan. Lps tasykil/ajakan di buat. Beliau bangun n sambung cerita. Da Ust.. Mesti la cite dlm kapasiti sorang Ust. Yg paling aku ingat ialah...lebih kurang camni.. "Dlm Tabligh ni semua org panggil Budak. Bila org tanya sapa tu? Ala budak2 Tabligh." Semua pakat jd budak. Org tua, Ust, Org beso, org kecik sume jd budak.

Ok.. Berkenaan dgn Al Marhum Maulana In'amul Hassan ni, aku pn x sempat jumpa dgn beliau. Beliau menemui Ilahi setahun sblm aku ke Delhi. Masa tu aku kt Masjid Sri Petaling. Duk sedap2 baring, biasa la lps sarap, tetiba masuk sorng Dr kata pd aku.. "Bangun2.. Hadratjie Meninggal. Buat amal." Bila aku dgr tu aku cam x caya je.. Blur jap.. "Hadratjie meninggal?". Dr tu ulang skali lg n menyuruh aku wat amal.

Apa yg aku nk komen adalah Dlm perenggan
Quote: Sewaktu Ijtimak Raivind, Pakistan, Maulana In’amul Hassan hadir pada hari akhir untuk berdoa. Ramai saudara-saudara Arab tidak pernah melihat dan mendekati beliau. Mereka hanya biasa dengan ulama-ulama di Markaz Raivind di Pakistan sahaja. Namun apabila mereka terpandang sahaja Maulana In’amul Hassan mereka seperti separuh gila. Apa tidaknya wajah beliau begitu bercahaya menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihat beliau. Betul-betul dihadapan aku beberapa orang saudara dari Negara Arab ini seperti separuh gila cuba meluru mendapatkan Maulana namun mereka dihalangan oleh petugas sekuriti sambil mententeramkan keadaan. Setelah Maulana menaiki kenderaan, ada yang cuba bergayut pada kenderaan tersebut. Begini keadaan gelagat mereka di kalangan saudara Arab yang tidak pernah melihat maulana dengan wajah yang begitu bercahaya.

Bab muka Bercahaya ni mmg aku percaya la. Walau pn aku x pernah melihat beliau. Cahaya di sini bukan la spt membuat kan kita silau atau sakit mata. Cuma bila kita lihat sejuk mata memandang, berseri2, cahaya yg keluar tu membuatkan org terpegun, membuatkan org tertarik, membuatkan org suka. Ku lihat juga Ulama Besar dlm Tabligh sendiri muka2 mereka bercahaya n berseri2.

Ada beberapa komen rakan2 ku n org lama dlm Tabligh bila melihat n jumpa Al Marhum, antaranya komen mereka
1. Muka bercahaya ni mmg kompom lah
2. Bila Saya lihat muka Hadrajie saya terus Ingat Allah.
3. Ada sorang veteran / atuk pernah aku jumpa kira2 15tahun dulu, masa tu aku kuar 3 hari di kaw pinggiran KL (Lupa tmpt mana), beliau ada menceritakan, semasa beliau di Delhi beliau ada berura2 ingin meminta amalan dr Almarhum. Beliau menceritakan lbh kurang begini.."Mmg Hadrajie Kasyaf lah.... Beliau menyuruh sy teruskan apa yg sy amalkan. Insyallah sy akan solat dpn Kaabah tiap2 waktu." Kisah pakcik ni akn ku pos pd entry yg ln insyallah.

Cuba bygkan Para Sahabat RA yg mana muka2 mereka bercahaya2 skali. xdpt den bygkan ehh.. Itu Blm Nabi Muhammad SAW lg.
Gambar diatas diambil dr Blog Rahba81

Tang bab jd Separuh Gila ni... Skali masa aku di Masjid Bangawali, ramai org Arab yg dtg di situ bila ada Maulana bg penerangan khusus utk org Arab ni. Mereka begitu tekun cam murid ngadap guru. Ke 2 sms di Ijtima Raiwind, masa tu Almarhum Maulana Umar memberi penerangan khusus utk Pak Arab ni. Selesai shj penerangan tu, semua Pak Arab bangkit mememuliakan beliau.
Org Ajam di muliakan org Arab asbab agama. Aku x pasti la mereka bersalaman dgn Almarhum ke x. Aku duk blkg. Pak Arab ni bsr2 n tinggi2. Aku ni kecik je. Duk blkg.. Mana nampak kt dpn apa jd. Tp yg ku pasti semua bangun n menuju kearah beliau. Rakan 2 ku ada cerita yg Pak Arab ni bila nampak/bertemu dgn Ulama2 ni... Dpt usik baju pn jd lah. Ala cam kita tgk WWE tu, peminat dpt usik bdn wrestler pn jd la. Cuma Wrestler ni kalu da pencen, org da x minat. Org muliakan pn psl profesen dia. Da lingkup profesen dia, mana org minat lg da. Berlainan dgn Usaha Agama ni, Maulana Umar n Maulana2 ln da tua n berumur pn Pak Arab masih muliakannya. Org yg memuliakan tu pn bkn dipaksa2. Bkn di bgtau bila Maulana dtg ko wat itu, wat ini. Menda tu dtg spontan.

Blh bygkan bagaimana Para Sabhabat RA memuliakan Nabi Muhammad SAW!

Lg cerita beliau pd perenggan
Quote: Pada tahun 1992 aku diizinkan tuhan untuk keluar lagi di India. Pada cillah (40 hari ke tiga) akhir, aku terkepung di Markaz Nizamuddin disebabkan Delhi diistiharkan curfew selama seminggu. Ianya adalah kerana Masjid Babri di Ayodoya diruntuhkan oleh fanatik-fanatik Hindu. Kebiasaanya sesaorang itu akan berada hanya 3 hari sahaja dan akan dihantar keluar di route yang diputuskan. Namun disebabkan curfew, maka kami tinggal hampir seminggu di Markaz Nizamuddin. Ketika ini aku dan teman aku yang sedang belajar di Shaharanpur juga ikut terkepung. kami mengambil kesempatan ini untuk berada bersama Maulana In’amul Hassan setiap hari selepas solat Asar untuk duduk berzikir bersama beliau. Belum pernah aku merasai kelazatan berzikir sepanjang hidup aku sehingga kini melainkan ketika berzikir bersama beliau. Sedangkan ketika itu aku hanya berzikir dengan zikir biasa sahaja iaitu tasbih, selawat dan istighfar, namun ianya terasa begitu khusyuk sekali. Mungkin kerana aku berada bersama beliau serta kesan zikir beliau tertempias kepada aku. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Maulana Zakaria rah di dalam kitab beliau Fadhilat Zikir yang mana terkadang-kadang kesan zikir dari sesaorang yang dekat dengan Allah akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan beliau.

Sms awal-awal dulu masa memula aku kluar Tabligh, aku penah rasa sedap n kyusuk dlm perkataan diatas, cite nya begini dlm jemaah kami tu ada sorg yg jg amal. Muda lg orgnya awal 20an. Ahli jemaah yg ln menceritakan bhw kwn ni slalu bangun mlm dlm pkl 3am utk tahajud. Beliau buat dlm beberapa lama kemudian beliau berzikir hingga ke Subuh. Pernah beberapa kali aku Solat sebelah kwn ni (solat Jemaah la), tu la yg ku rasa sedapnya solat. Rasa bestnya dlm dlm Solat. Rasa mmg x blh ckp lah. Bacaan Fatihanya begitu menusuk kalbu. walaupn pn bisik je. Ada skali ketika dlm sesi Ta'alim... Dlm majlis Ta'alim tu biasa la bacaan hadis ttg Solat, Quran, Para Sahabat RA dll... Skali tu dia menyebut perkataan ALLAH!! semua ahli jemaah terbungkam kejap. Terbungkam bukan apa. Perkataan Allah yang disebutkannya tu kelihatan sangat besar n menggoncangkan hati yang mendengarkannya. Utk makluman kwn ni bukan la pelajar madrasah atau Ust. Org biasa shj yg menjaga amalnya.

Satu ketika yg ln, sms aku di Singapore 1996, masa tu perhimpunan Tabligh di Tempenise yg mana ramai Maulana2 aka Ulama2 Tabligh turus skali, beberapa kwn ku berebut utk solat di dlm masjid. Aku tang berebut2 ni mmg aku mls la. Aku duk kemah luar je. Kwn aku keluar n cite, sedap benar solat blkg para Maulana2 ni, miski pun kwn ni duduk di baris yg ke 3 blkg Ulama2 ni.

Blh bygkan qualiti amalan kita. Kita duk sebelah atau beberapa baris pn blh rasa kyusuk n sedap dlm solat asbab org2 alim ni. Ku Yakin n percaya mmg ada yg blh ambil manafaat trus melalui Solatnya. Mmg aku percaya jika Sahabat RA yg menyebut Allah di hadapan Kisra/ kaisar tu seolah2 menara istana tu bergegar. Mmg aku percaya.

Wallahualam

4 comments:

  1. Salam Bro Ipin,

    Menarik fakta dan maklumat ini, den dah lamor bonar tak involve ngan "tabligh" nie...semenjak kat UTM dulu ngan Dr. Asri sekali. Pengalaman berharga tu...sempat keluar sehari setengah ngan Bro Ipin, Dr Asri, Johari ker...tank ingat kat mana...

    Apa2 pun thanx for sharing the info bro. Keep it up. Adios

    ReplyDelete
  2. Salam

    Jauh perjalanan, Luas pemandangan.
    Memacam n bebukan jumpa.
    Maha Hebat Allah!!

    Ala dtg Sri Petaling pn ok..

    ReplyDelete
  3. Salam - Hi cerita pasal zaman lama2jee? Zaman sekarang dah tak buat usaha ke :)

    ReplyDelete
  4. Soklan cepuk emas tuh.
    heheheh
    Taucheh...

    ReplyDelete