Tuesday, April 20, 2010

Minggu Lepas - Kira Croz Training Ka?

Salam

Jumaat lepas, Bro Ha Simpul (HS) turun ke Dojang Smarts. Aku pn tak sangka dia akan turun. Entah apa mimpi dia datang pun aku tak tau. Tapi menurut beliau dlm blognya, dia datang tu seolah2 mendapat 'hidayah'.. Perghhhh... Ilham turun dari langit tuuuuu. Lps ni byk la ilham yg turun mencurah2 bagai hujan lebat. heheheh

Aku ni kalu ada cfu LP cam HS dtg mmg nak je aku bg cfu2 ni buat streching n pelampas. Senang citer ari tu sumer nak je aku bg dia conduct klas. Bg la ln skit suasana. Pelatih2 pn dpt menda baru, pengalaman baru, dpt ilmu baru, dpt rasa tgn cfu lain, dpt rasa keras ke tak kaki or tgn cfu ni, dpt rasa penerangan yg ln, dpt rasa kelainan buah walaupn buah yg sama yg disampaikan. .Biasala... Aplikasi buah tu kdg2 berbeza cara pemahamannya walaupun sama. Rambut sama hitam, Faham lain2. heheheheh. Tambahan lg dpt la aku relax skit.. heheheheh.. Skali skala nk ngelat la jugak.

First time dtg ke SMARTS n kebetulan pula bawa kamera, apa lagi ambil la shoot yg mana2 patut. Agak da puas amik beberapa shoot, Bro HS pn tgk2kan n betulkan mana yg patut.

Skali lps buah jurus tu, aku pecahkan la pelatih baru n yg lama, yg lama ni praktik buah n pelatih baru berlatih asas. Senang cite berlatih melangkah lah.. Pd masa yg sama jurus kuar skali...

Yg pelatih lama tu berlatih buah lah, agak2 da penat tu relak jap n perati yg berlatih yg asas tuh. Sir N tanya aku lebeh kureng begini... Apa yg Bro HS ajar tu, kenapa aku tak ajar kt pelatih lama... kekekeke. Biaso la, methodologi pengajaran ln2... Aku ajar blh pakai terus pd hari pertama dlm kelas LP. Maksudnya, hari pertama dtg da blh balas atau pukul lawan atau melawan la.. Walaupn tak cekap lg, tp ideanya ada terselit pd latihan di hari pertama tu.

Gambo2 yg Bro Ha Simpul snap boleh didapati di Multiply.

Walaubagaimanapn melangkah dgn betul mmgla ditekankan. Kedudukan kaki atau kekuda kejap yg menentukan bagaimana pukulan laksanakan dgn betul. Langkah or kekuda betul, pukulan yg dilaksanakan insyallah betul, bila betul insyallah tenaga yg optimum dpt dikeluarkan n disalurkan dgn betul n sempurna. Badan n sendi pn tak sakit sbb tenaga yg dikeluarkan tidak tertinggal pd bdn n sendi... Yo yo je aku citer.. hehehehe

Pd Rabu minggu lps pn sama gak yg mana Bro Azhari dtg ke MRSM, dpt la dia ajarin senior belt 2 3 buah self defense. Bg student2 ni rasa tgn instrakter ln plak. Bior derang rasa kena pulas, kena jatuh, kena humban, kena kunci dgn Bro Azhari... Asyik aku je kunci, humban, jatuhkan student2 ni. Haaa ni cfu dr langit dtg.... Dpt la derang blajo skit n rasa tgn instrakter ln. Dpt la student ni buah2 baru walaupn simple punya buah.

Aku.. Biaso la cfu beso kt centre tu duk relax la... kekekekeke Bila lg nk relax kan?

Cuma masa training kelas Perbadanan Pembuangan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPAPPS) ari rabu tu Bro Azhari dtg agak lewat skit. Dia pn tak tau ada training aritu, aku pn tak tau dia nk dtg.. Latihan pg rabu tu kira latihan akhir la sblm grading pd ptg rabu. Biasa training wat selasa mlm Rabu, oleh kerna mlm tu ramai yg ada hal sbb kursus n latihan so ditunda pd pg rabu. Kalu Bro Azhari dtg awai, sedap gak aku tgk pelatih2 dpt rasa buah2 kunci n throwing dr Bro Azhari. Aku biasa la... Relax juga... hehehehe.. Tp takde rejeki... Takpo lain kali...

Bagus jg wat cross training dgn cfu ln walaupn sama aliran. Kekerapan latihan... Secukup rasa. hehe

Tuesday, March 16, 2010

Mmmmm Jauh?

Salam

Kelas LP aku pd hari Jumaat 2 minggu lps menerima sorang lg pelatih. Alhamdullilah, ada la patner utk bang sorang lg ni. Sblm ni abg ni patner dgn aku, adehhhh... Sapa2 yg blaja Lp or Lian or Buah Pukul ni tau la kasar ke tak latihan dia. Aku plak kalu tak kasar mmg tak syok la berlatih. Ada pelatih baru ni ada patner la utk abg sorang ni.

Yg membuatkan aku terpanggil ni sbb dia turun dr gunung tu blaja LP. Gunung? Gunung mana... hehehehe. Alaaaa Dari Genting. Dr Genting ke Tmn Bunga Raya dlm 45min gak tu. Kalu nak kira masa perjalanan pergi balik, minyak keter lg, tu blm ada apa2 halangan lg. Mmg nak kena kuat semangat btl.

Teringat aku masa zaman bdk2 masa memula kenal beladiri dulu. Masa tu p blajar silat, alah silat kampung je. Blajar hari2, dgn jln kakinya, kgd2 naik basikal n kdg2 naik motor. Moto kwn la. Abah aku masa tu tak bg aku bawa motor, aku bawa cam Randy Mamola masa tu camne dia nak bg? hehehehehe. Sampe mak kwn aku bising2 sbb aku slalu naik motor dia. Last2 kena jalan kaki p gelanggang silat. 30min jg la jalan kaki.

Da jln kaki, blaja plak masa tu mana ada pkai baju silat, baju T pn tak pakai. Belajar silat tak pakai baju pn. Gelanggang plak bukan rumput ke ada lapik apa ke. Gelanggang sblh umah cfu je. Gelanggang tanah merah je, penuh dgn batu2 kecik merah2 tu. Amik ko, kena jatuh, kena guling, kena lompat atas tanah tu. Abis badan dpn blkg penuh dgn tanah merah. Kt sekolah kalu peluh gerenti ada titik merah kt baju. Blajar hari2 huhu. Blajo plak pkai pelita je. Kalu masa bulan mengambang, no pelita. Nasib la blajar di bawah cahaya bulan purnama. Blajar selama 3 bulan. Kendian gelanggang tutup sbb cfu slalu kluar daerah. Sibuk benar, nak wat camne?

Lps SRP sambung lg blajar silat yg sama, tapi gelanggangnya nuuuu, jauh tu. Dlm 45 min perjalanan naik basikal. Da la lampu takde pn waktu mlm. Terpaksa la aku ajak sorang kwn aku blajo, p skali naik basikal sama2. Keadaan gelanggang pn sama. Atas tanah merah yg penuh dgn batu2 kecil. Blajar pn bertemankan pelita. Tak pkai baju jg. Cuma kalu masa bln mengambang tu pkai pelita lg la. Bljr blkg umah daa. Byk pokok2. Cahaya bln purnama tak blh tembus.

Pengajian terhenti sbb masuk asrama. Kt asrama ada TKD , join TKD je la. Bljr tkd mmg syok la dgn lampu kalimantang n atas tiles. Ala bljr masa tu nk panaskan badan n nk maintain bdn supaya masih lasak. Dulu kt kg, berlatih mmg agak lasak. Takkan masuk asrama, bila blk asrama bdn jd lembik plak kuts?..

Lps SPM masa kt kg, sambung bljr silat lg, silat kg jg. Tp aliran ln. Buah skit punya byk aku nak ingat. Sama saje keadaan bljr, bljr blkg umah, bertemankan pelita, cuma gelanggang tu tanah kuning n takde batu la. Tambahan pula dkt dgn paya.

Jln waktu mlm, balik tghmlm, naik basikal, kdg jln sorang tgh2 mlm, tak kira jauh atau dekat, main redah je. Kenapa semua ni boleh hadapi? Sbb ada minat, ada semangat, ada kemahuan. Org kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Skrg gelanggang silat pn da ada dlm studio, dlm dewan, di padang. Tu silat. Tkd?... bercambah2 studio n gelanggang la.

Sapa2 yg bljr beladiri tu bagai mana skrg? hehehe. Dgn kemudahan yg banyak, prasarana yg bagus, intrakter pn kdg sampe 2 3 org. Tak cukup lg?

Semoga semangat kita dlm beladiri ini kekal n terus kekal.

Friday, March 5, 2010

Bayes Gilo!!

Salam

Baru2 ni berlangsungnya Kejohanan TKD MSRM SeMalaysia di MRSM Serting, Jempol, N9. Aku ni jd la pak gad pd student yg mewakili MRSMF. Ala da jd instrakter, kena dtg la. Kalu tak dtg takut2 student ni demoralize la pulok. Kang aku plak jd instrukter yg tak bertanggungjawap la pulak.

Cuma aku dtg lewat sehari la. Sbb ahad tu ada hal yg tak dpt di elakkan. So aku bertolak pd pg Isnin. Ini kira pertama kali la aku masuk Bandar Jempol n Serting. Sblm ni aku lalu kt luar je. Sebelah Bahau. Aku nk masuk Serting pn aku bkn ada apa2 kepentingan atau urusan kesana. Jd atas tiket TKD ni aku sampai la ke Jempol.

Sblm tu aku nk bgtau, Kejohanan TKD antara MRSM ni adalah kali yg ke 7. Semua aliran TKD samada olimpik atau Chang Hon dr mana2 MRSM masuk skali dgn undang2 atau peraturan yg ditetapkan oleh tuan rumah. Tp biasanya lebih kurang je undeng2nya. Yg penting kick above belt n no punch to the face. Maklumlah remaja yg muda belia baru meningkat naik, mana reti nk kontrol mengontrol ni.

Aku rasa semua yg datang tu dgn harapan bahawa perjalanan kejohanan ni licin, tidak serabut, pengadilnya adil - tidak berat sebelah n akan menjadi contoh yg baik pd student utk dibawa balik ke MRSM memasing. Aku rasa begitu jg dgn cikgu2 yg bw student ni. Harapan sama n yg utama boleh bw pingat la. Istrakter gitu jg.

Sampai disana aku terkejut beruk gak la, paten ada yg laki je, pompan n campuran. 1 team je. Kata nk tgk powernya paten. Laki n girl mana power lg lebih? Sengal tol la. Pd pendapat aku WTF punya paten mmg tak secantik Chang Hon la. Walaupun yg wat paten tu WTF black belt. Aku tgk kaler belt dr Chang Hon style lbh cantik, Tapi ntah camne blh paten Taeguk tu p next round pn aku tak tau. Tambahan plak sistem pengadilan paten tak jelas. Mengundang ketidakpastian n merapu raban n kekarutan yg tersendiri. Judges duk dpn n bg points atas kertas. Kalu da tulis kt kertas, suka hati mak pak aku la nk bg markah.

Sepatutnya markah diberi tu ditunjuk spt yg dijalankan oleh Chang Hon style. Markah ditunjukan dgn jelas. Judges pn 5 org keatas dgn memotong markah yg paling rendah n paling tinggi. Utk mengelakkan bias. Ini da duk sorang2 tercongok kt dpn tu, Apa barang? Mcmana dia bg markah pn kita tak tau. Lg la kalu ada student dia kt dpn yg comel tu, mmm boleh ke dia la. Hampeh tol...

Da nama pn pertandingan, apa salahnya bg sahaja peluang utk boys n girls utk bertanding paten. Biar mereka didedahkan dgn pertandingan.

Abis je acara paten, sparring Menengah Rendah pn mula, disini la bermulanya kesengalan yg nyata. Camner sengal tu?.. Haaa.. Meh sini den cito...

Sblm tu, aku nak kabokan bhw ada muka judges yg aku penah nampak dlm Kejohanan TKD UIAM tahun lps. Ok.. Sambung cite..

Undeng2 bgtau kick kono kaplo 3 point, punch n kick kono bdn 1 point, 360 darjah kick kono bdn 2 point. Kebanyakkan Chang Hon style yg aku duk tgk, tak kira la ITF ke GTF ke, mmg sepak kepala tak kira la slapping ka, jabbing ka, chopping ka. Janji kena kapla. Da kena kapla 3 point. Apa lagi kejar markah tertinggi la. Kalu kena 4 kali kt kapla bape dah?... 12 points.

1 lg, bila sepak kapla ni mmg jelas atau clear points, sumer org blh nampak, instrakter blh nampak, instrakter lwn blh nampak, cikgu2 blh nampak, penyokong blh nampak, corner judges blh nampak. Mmg clear kena kapla. Apa nk dikatakan lg.. Mmg buleh markah lah.

Tambahan plak, sepak kapla ni pn nk elak bias. Biasa la mana2 kejohanan TKD samada Chang Hon n WTF ni ada bias. Nk menangkn bdk sendiri terpaksa bias. Ala.. aku rasa yg baca pn pernah rasa lah... Nk elak bias mmg sepak kapla utk tunjukkan point yg jelas n nyata supaya judges nampak dgn jelas jg. Kita pn maklom bhw judges ni pn letih n kdg2 mata kelap kelip n berpinar2 sbb duk lama beno tgk games.

Aku rasa judges patut berterimakasih pd yg sepak kapla kerana memudahkan mereka bg point ketika sparring. Aku pn penah jd juri, n aku pn mmg suka org sepak kapla, senang tgk n senang bg markah.

Tp sayang mmg sayang, yg kena kapla sampe termanggu cam ayam berak kapur tu la yg menang. Takkan nak kena sepak kepala sampe patah tengkuk baru menang kuts? Bukan aku je yg tak puas hati, ramai lg yg tak puashati dgn sistem pemarkahan. Cikgu2 pengiring pn tak puas hati, student MRSM ln pn ada yg tak puas hati.

Kalu aku sorang atau student MRSM under aku atau cikgu pengiring je tak puas hati, mungkin ada la silap kitorang kt mana2. Tp da ramai MRSM yg tak puashati.. Ha camno tuh?..

Mungkin juri ni ingat student ni bdk2 baru nak naik n pk aku ada kuasa, aku punya kuasa la nk wat apa je. Tp harus di ingat bahawa MRSM student ni mostly straight A punya bdk2, cikgu2 dia pn aku kira mmg pandai2 belaka. Takkan la tak tau mana bias atau tak.

Yg paling bestnya stoli moli student aku, skali tu student aku masa tunggu giliran, dia kenala tunggu blkg judges, sempat la dia jeling apa cif judges bikin atas kertas markah. So apa yg dia tgk, Yg kena kapla tu markahnya rendah, yg bg choping tu byk kali n markah nya tinggi. Dgn senang hati dia bulatkan yg kena kapla tu. Staplekan result n simpan.

1 lg cite dr cikgu ln masa kitorng mkn2, dia adala curi tgk corner judges bg markah, so apa yg dia nampak? Dia nampak juri tu bg markah pd lwn yg kick rendah n yg kick kapla dia tak bg markah. Sampe ke cif judge, yg sepak rendah la menang. Tambah dgn citer student ln lg..

Adakah sikap bias yg kita nk ajar pd student MRSM ni? Da la ramai yg pandai n cerdik. Masuk pertandingan TKD je blajo nipu. Masuk pertandingan TKD je blajo nipu. Kita nk hasilkan genarasi penipu ka? Lg2 pd student yg baru pertamakali join tonemen TKD ni.

Ada gak suara yg mengatakan, tak pe tahun depan, siap korang.. Bias punya pasal da ajar org balas dendam. Ada gak yg mengatakan, bg kaw2, kasi ko atau apa2 yg semakna dgnnya. Kalah takpe janji puashati.

Nak bantah keputusan? Nak bantah hulur RM200 utk 1 bantahan. Kalu ada 2 3 bantahan. Bape tu? Da camtu sonyap jo la...

Yg dtg tgk tu rata2 cerdik orgnya n bakal pemimpin masa depan. Kalu ini la contoh yg ditunjukan sapa yg rugi?

Aku tak kisah la sapa yg duk depan tu yg pkai baju judges, mcm sbln ni aku d bgtau yg jd judges ni State level la, nasional level la.. Mmg nampak pn kt baju tu tulih State.Kalu da sebut level tinggi ni tentu la adil n saksama. Tambahan pulak penah organize memacam. Ckp je tinggi watpe, MRSM level pn ampeh!

Pakai baju judges n jd judges yg mana org ramai tgk. Penonton pn akal pun tinggi. Boleh pk mana baik n mana buruk. Blh pk bias ke tak bias. Jd judges plak yg duk kt ring tu korang bawa nama Federation atau persatuan korang. Baik judgement korang baikla nama federation korang. Bias korang mmg automatik org kata mmg judges dr sekian2 federation mmg hampeh!! Nampak muka ni mmg kompom bias.

Semoga kita tidak menjadi hampeh.

Friday, February 26, 2010

Hampir Sebulan

Salam

Musim persekolahan da pn bermula awal taun ni. Selang beberapa minggu tu plak xtvt ko-ku plak berjalan. Dlm berlangsungnya gerak kerja ko-ku tu kena 'ganggu' plak dgn sekolah ganti pd ari sabtu. Nak wat camne? Cuti byk benor. Nak taknak kena ganti la. Ko ku pd ari sabtu tu terpaksa la pospon or tak de koku. huhuhu. Tu yg sekolah rendah n menengah. Sekolah agama pn ada ganti. Hari sabtu plak tuh.

Cuma kt MRSM or sekolah swasta ni aku taktau la plak ari sabtu sekolah atau tak. Aku bukan ngajo sana pun. Tambahan lg aku pn tak dpt pn planning tahunan dia n aku pn tak mintak. Nak mintak pn aku bukan cikgu kt situ. heheheheh

Ni aku nak citer pasai Kejohanan Tkd MRSM Semalaysia la ni. Yg akan berlangsung pd Ahad ni 28 Febuari 10 di MRSM Serting. Kejohanan berlangsung dr 28 Feb hingga 4 Mac. Last year kt MRSM Transkrian. Tu la pertama kali aku, Zari n E1 p kejohanan TKD MRSM seMalaysia. Pertamakali gakla membuatkan kami terkejut beruk dgn pattern yg bercampur aduk. Memacam di campurnya. Handal betui derang ni. Blh wat paten sendiri. Founder punya la susah payah n pening kapla cipta paten yg sesuai dgn tahap talipinggang, allih2 dgn senang hati di campur adukkn. Da tak tulen bang... Kalu da campur nak panggei paten tkd lg ka?
Tp pd ari pertama aku kt MRSMF masa ko-ku kelab TKD tu cikgu ada bgtau la yg kejohanan TKD tu akan berlangsung hanya sebulan dr tarikh aku dtg tu iaitu 27 Jan 10. hehehehe. Gue ada 1bln nak train bdk2 ni. Tambahan plak ada Chinese New Year dlm bln Feb ni. Tambahan pula selection di buat pd minggu selepas perjumpaan pertama.

Masa aku dpt kertas peraturan kejohanan, aku tanya la kt cikgu sapa yg empunya kerje yg wat peraturan nih? Gaya tanya cam big boz la pulak. heheheheh. Takde la camtu aku cuma nak tau sapa yg uruskan dr segi pengadilan, pengurusan kejohanan n individu yg terlibat. Sbb yg aku tanya tu pasal team paten cuma kena 4 org je. Kalu karate tu ada la 3 org, Chang Hon style ada la 5 org, couple paten tu 2 org la. Tambahan pulak sparring di wat secara open. Takde kategori junior, senior n black cam Chang Hon. Sbb tu la aku nak tanya sapa yg incaj. Tp tgk sparring open ni mmg aku da syak la WTF yg handle. Lgpn WTF mmg kuat kt N9.

So cikgu yg baik ati tu bg la aku kol sekian si polan bin sipolan. Aku dgn perasaan biasa n ingin tau pn bertanya sapa yg uruskan perjalanan kejohanan ni. Depa jwp WTF team, penjawap tu kata lg pengadil diambil dr level state n nasional. Ku tanya lg atas kemuskilan aku yg paten team tu, kenapa 4 org? bkn 5 spt amalan biasa. Penjawap tu tanya la aku samada pernah ke aku pi antar team ke kejohanan TKD.

Adeh..... Kesian aku..... Nampak sgt aku tak glamer. hehehehehehehe

Ye la bro gue tak penah p mana2 kejohanan TKD samada olimpik or Chang Hon style. Aku tak glamer nak wat camne? hehehehehehe

Mungkin la kejohanan sblm2 ni, memacam format utk team paten derang da buat. Aku pn tak tau.

So utk student MRSMF, pemilihan di jalankan. hehehehe. Spt biasa, kalu wakil MRSM ni bape kerat je kena pilih. Aku pn terpk mmg nak antar yg ln utk tonemen pd bln april nih. Blajar sampe biru n merah tp tak penah masuk tonemen apa ke halnya?

Hampir sebulan berlatih, berlatih sendirian berhad la. Mmg kena bg homewerk la. Da beso da, takkan tak blh wat kots?... Dgn esok hari akhir utk latihan terakhir... Da ari akhir mana nak wat berat2? Injured naya je....

Laporan akan menyusul selepas pulang hari Jumaat Depan.

Monday, February 15, 2010

Bunian Lagi

Salam

Den teringat beberapo bulan lopeh dimano ada 1 keluargo jumpo den kek umah Nek Moh. Jumpo den n nek moh sobab terkono la nih. Biaso la orang meniago. Lg2 orang Melayu meniago. Baru bukak 2 3 hari, esok luso da ado kemiyan bosar lutut kek kodai. kadang2 tu ada dobu2 itam, tanah itam, bau busuk dll lg.

Banyak bonar halangan ae bilo org Melayu meniago. Banyak bonar khianat ae. Bukan kaum Cino or India yang buh bebukan pun, Orang Melayu jugak. Camno la Orang Melayu nak maju? Camno orang Malayu nak bersatu? Sodangkan kawan yg nak meniago ni pun bukan bosar sangat kodainyo. Org kato cukup la dapat belajar berdikari n dapat hidup seleso dari kerjo dgn orang. Kadang2 yg duk tikam belakang ni pun pekerja dio jugo, orang Melayu jugo.

Yg dongki kianat tu poie la jumpo dukun atau bomoh utk jalankan rancangan jahat dio. Dukun n Bomoh tu pun org melayu jugo. Ayo, ayoooo.. Biaso jumpo dukun n bomoh ni kalu dah nak buek jahat ni kompom la pakai jin. Tak kisah la ekau pakai Ayat Quran ko, pakai salawat ko, pakai doa orang alim ko, dah niat n kelakuan tak botou, kalu niat n kelakuan da tak botou, mano ado ikhlas? Da takdo ikhlas, camno nak sampe pada Allah? Allah hanya terimo amalan yang ikhlas jo. Haaaa... Yang dukun n bomoh duk mandrem atau baco tu sampe mano?... Sampe ke syaitan la jwpnyo... Kalu dah sampe ko syaitan, apo laie pertolongan syaitan la dio dapek.

Begitupun ikut level dukun n bomoh la, kalu setakat level cikai tu, para jin la yg tolong dukun n bomoh nih. Cumo selalu ae dukun n bomoh ni perasan konon ae rijalul gaib yg dtg tulun, wali sekian dtg tulung. Adehhhh.... Orang jerman kato, Ukur baju badan sendiri la bro. Peel cam hampeh, ingat yg suci may dtg ko? Peel penuh kekarutan, ingat yg bagus mau dtg ko? Ayoooh... Kalu da peel cam sampah, sampah la dtg. Kalu da namo sampah, lalat la dtg kasi harung. Mano ado sampah, manusio harung? Manusio harung sampah tu samo ado gilo atau mmg kijo dio kutip sampah.

Minyak samo air mano boleh campur?

Den minta maaf la yo kalu ado dukun n Tok Moh kt luar tu yg baco kenyataan den ni. Ekau terguris hati ko, marah kek den ko, menyirap ko, muka cam cuko ko, marah sampe jadi makhluk ijau ko, jadi Incredible Hulk ko atau apo ko... Den kato secara umum jo yor?... Jgn la ekau antar bebukan samo den, den ni tak terer. hehehehe

Si mangso khianat pulak jumpo la perawat2 utk membersihkan apo yg tertimpo pd dirinyo. Ado yg jumpo perawat botou, ado yg tidak. Nak buek camno?... Nak salahkan diorang pn tak muleh jugo sbb kdg2 dio tak tau status si perawat tu. Yo la org ln tulun rekemenkan nak buek camno? Si Mangso da sakit n sosak ni. Ikut jo la. Skali jumpo mak ai... Haaa tang Mak Ai tu yg tak elok la. Yg ok.. Bagus2 saja pak.

Keluargo yg jumpo samo den n nek moh tu cito la sblm ni dio poie utk rawatan. Ado la 2 3 kali dio poie. Ontah camno kek 1 tompek tu perawatnyo cito samo dio yg dio ado dampingan. Munian kato ae. Keluargo tu kato bahawo penyediaan barang agak susah skit. Susah? Camno tuh?! Sbg contoh keluarga ni di suruh sediakan beberapo biji kelapo yg mano kelapo ni tak muleh jatuh atas tanah n di petik pd sekian2 waktu. Langkah lg la tak muleh. Ambil bungo teratai di tongah tasik pd tongah malam. Haaaa Amik ko.... Ambil air masjid di masjid lamo. Kek masjid tu amik la air perigi, air kolam wuduk dll lg yg dipikirkan patut. Perghhh skit punya susah..

Kalu Perawat Minto Barang Yg Bukan2 tu Hati2 la.

Thursday, January 28, 2010

Komen oh Komen

Salam
Cakap pasal komen ni, biasa la mmg org suka komen, tak kira la mende buruk ke, menda baik ke, menda mengarut ke, orang hensem ke, orang buruk ke atau apa je. Biasanya ada komen.

Kalu takde komen biasanya orang sebut 'No Komen'. Malas nak ulas la tuh. Nak jaga hati punya pasal. Kang komen bebukan kang merajuk plak susah la pulak. Da tua merajuk pasal kena komen, buruk peel ehhhh. Lg2 komen yg remeh temeh. Ala remeh temeh pun merajuk ka?....

Ada juga komen yg terus pelepap! Kena batang hidung, amik ko... Nak sangat komen. hehehehehe. Ada yg citer punya jauh, pusing punya pusing orang lain yg kena pulak. Berapa punya jauh pusing daaa?.. Pada hal nak bagitau org lain, org lain pulak yg perasan.

Sebenarnya aku nak citer beberapa org yg komen pasal blog aku ni. Samada secara lisan atau yang bertulih.. Aku kira mereka ni pun ada point2 mereka sendiri. Mereka da baca isi2 blog ini mereka sendiri boleh menilainya. Bagi aku bagus juga komen yg diberikan, blh la aku baiki mana yg patut. Kang aku duk syiok sendiri menaip kang sampai org tak larat baca, masalah jg. Kang tulih pendek2 kang, tersangkut pulak jalan citer. Masalah jg... Tp tak mengapa, nnt abang kasi adjust skit ek?.. hehehe

Antara komen yg aku terima adalah:-

1. Panjang Sangat citernya - Ada pun tujuan aku ni tulih blog ni pn nak nak kongsi2 apa yg patut. Di samping mengasah penulisan aku supaya tak 'kaku'. Da lama tak menulih ide susah nak keluar woooo... Skali menaip keluar kita pun nak juga bg 'bunga'2 skit, 'harum'2an skit, nak bg detail skit... Skali taip, panjang la pulak... Ok aku akan hantar ke Lembaga Penapisan Blogger (ada ke?) sblm di siarkan. hehehehehe

2. Banyak Sangat - Ttg banyak ni, aku kurang pasti la banyak camner. Samada banyak merapu ke, banyak isi, banyak isu ke, banyak lawak atau banyak hehehehehe. hehehehehehe. Itu pembaca sekelian yg tentukan n nilaikan. Apapun akan ku kurengkan apa yg patut di kurengkan. Mmmmm Apa yg banyak arrr? Ada cadangan?

3. Guna shortform - Ni mmg aku setuju la guna huruf cam x sbg ganti perkataan tidak/tak. Mmg keliru la. Aku yg baca balik pn kdg2 keliru. Yer la cam aku taip perkataan tak nak jd x nak, tak mau jd x mau n yg mula dr x tu ku kira tak/tidak la. Yg ni aku akan ubah la utk taip dgn perkataan tak. Shortform ln cam ln, jg, sbg, n, dll ni ok la ek... Rasanya pembaca sumer faham.

Ada jg pembaca mengatakan kita blog, sukahati kita la nk taip apa. Panjang ke, pendek ke, tali kasut putus ke, baju hilang ke, merapu ke, itu ke, ini ke atau apa2 ke... Terpulang la pd empunya blog. Yeahhhhh. Bravo, bravo.... Betul jg katanya tu. Lain padang, lain belalangnya.

Apa2 pn bg aku mesti ada hadnya. Tak kira la merapu meraban ke, nak ulang panjang je, gatal tangan nak menaip ke, mesti ada hadnya yer tak. Terima kasih atas komen anda.

Errr Citer komen ni panjang sangat ke? hehehehehe

Thursday, January 21, 2010

Cito Mlm Td

Salam

Apo kobar sumo? Sihat tak?

Sapo tgk cito mlm td? Angkat tgn? Heheheheheh

Ala cito pasal rasuk merasuk nih. Ayo ekau ni cam tak faham lak?… heheheh

Ok la Cito mlm td cito The Exorcism of Emily Rose, cito omputih la. Takkan cito org Afgan plak. Den maso memulo tgk tajuk dio ni den teringat 1 laie cito omputih tajuk dio The Exorcist. The Exorcist ni cito lamo tahun 1973. uiks lamo tu… Cito pasal rasuk merasuk gak ni. Versi omputih la katokan. Asik2 dongar n tgk cito org Melayu jo kono rasuk, kito skali skalo layan la cito rasuk omputih nih.

Sobolun den komen cito The Exorcism of Emily Rose ni elok ae den komen la cito The Exorcist la yor?.. Bukan apo The Exorcist ni cito lamo n kuar TV awal dari The Exorcism of Emily Rose nih. Tak silap den la kiro2 7 8 tahun lopeh. Den pun tak ingat. Tapi takpo la, janji awal The Exorcist ni kuar ek?

Lopeh den tgk cito The Exorcist ni den ado masuk la 1 forum debat agamo, ala yg bertokak-tokak tu, yg bising2 tu kek 1 board. Den spt biaso la.. Org hensem la katokan, kono la low profile… heheheheh (Den perasan jap ni). Ado 1 mamat kristian ni cito punyo hebat la… Umaaangaiiiii Hebat bonar… Dio cito, sbb dio percaya Jesus, dio poie mano jo, Tompek ado jin ko, ado jembalang ko, ado hantu ko, ado syaitan gondol ko… Kompom hantu syaitan lari. Tompek tu jd aman… Perghhh Hebat!! Memang hebat lu punya cita!! Wa salute Lu! Wa Tabik Braderr….

hehehehe

Ontah camno, ado sorg member muslim ni tanyo, dio tanyo 1 soklan jo… Apo dio tanyo? Korang tau apo kwn den ni tanyo?.. Dio tanyo camni…

“Pernah tengok citer The Exorcist?”

Korang tau apo reaksi kwn Kristian tu?… Dio diam membisu. Tak berkokok pn. Langsung tak jawap soklan member ni.. Manola tak sonyap mamat kristian tu, malu la bang… Da la cito bagai nak rak, Yo la ekau dtg umah atau mano2 tompek kompom antu n syaitan lari bertimpiaran. Skali kuar cito The Exorcist yg mano 2 org paderi punyo la susah payah mandrem siap bukak kitab laie. Tak kuar2 setan tu. Pendek cito, akhirnyo paderi tu mati la sorang sobab cabar setan tu masuk dlm bdn dio. Da setan tu masuk bdn paderi tu , paderi tu jatuh tanggo. Makno kato walaupun berjayo sembuhkan budak tu, paderi mati sorang.

Walaupn cito The Exorcist ni berdasarkan novel, tp novel tu pn berdasarkan dokumen atau cito sblmnyo 1949.

Cubo bandingkan cito mamat kristian tu dgn cito paderi ni tadi. Kan jauh tuh?..2 paderi yg susah payah baco kitab nk halau keluar setan gondol. Yg mano akhirnya mati sorang. Dlm forum plak, mamat kristian ni cito punyo hebat, dio dtg tak payah baco apo2 terus lari sekelian setan gondol yg ada di situ.

Mmm Mano 1 botou? Mano 1 pembohong ni?

Cito The Exorcism of Emily Rose plak, Sonang cito misi paderi Richard Moore fail. Kono dakwo kek mahkamah. Kesian jugo la, si paderi ni penat2 tolong Emily sekeluarga, skali misi gagal, da la gagal kena tahan masuk penjara n siap naik mahkamah lg. Da tu pihak gereja tak mo si paderi Richard Moore bg keterangan atas alasan takut menjatuhkan maruah gereja…

The Exorcism of Emily Rose ni cito berdasarkan kisah bonar Anneliese Michel kek Jerman. Cumo dlm kes Anneliese Michel ni ado 2 org paderi terlibat n kes Emily Rose ni sorang jo.. Dlm kes Anneliese Michel, 2 paderi n famili dio kono dakwo dlm mahkamah tp kes Emily ni paderi jo yg kono dakwo, famili Emily tak kono apo2.

Time merawat paderi Richard Moore bukak kitab Bible samo cam cito The Exorcist yg mano 2 2 paderi bukak kitab. Terdapat jg adegan paderi ni pegang salib.

Ado beberapo adegan si setan gondol mengusik loyer Erin Christine Bruner yg membelo paderi Richard Moore. Paderi Richard Moore pn ado keno usik dgn setan gondol maso dlm penjaro. Dio mandrem jap then setan tu ilang lah.

So akhir cito paderi Richard Moore ni bersalah tp hukumannya stakat penjaro yg dio lalui jo.. Ok la tu cito omputih kan?…

Bersambung....

Monday, January 11, 2010

Bila Selangor Menang Lagi

Salam

Selangor Menang Piala Sumbangsih. Mengalahkan N9 2-1. Kalahkan N9 di tmpt lwn plak tuh! Xterlewat kira aku ucapkan tahniah pd pasukan Selangor Darul Ehsan. Pasukan Selangor merupakan pasukan yg paling banyak menang Piala di Malaysia ni. Semoga semangat kemenangan ini akan meresap n membara untuk mengapai piala liga n Malaysia.

Kasi angkat sumer piala bro... hehehehe.

Berjaya utk mendakap piala atau menjadi juara tu mesti ada citer kt blkg diakan? Sehelai ijazah, diploma, sijil or apa2 bentuk sijil mesti ada citer di'blkg'nya utk dptkan sehelai kertas tersebut. masa di bg, rm di 'tabur', perah otak, pening kapla, tidur x cukup, ikat perut, naik motor cabuk dll nyer citer. hehehe. Mcm pernah jer aku dgr citer nih. Pendekkata pengorbanan la di blkg sumer tuh.

Bebalik pd pasukan Selangor, mesti ada citer disebaliknya yer x? Rombakan demi rombakan, duit ditabur, pengurusan diperkemaskan, kebajikan pemain dijaga, ada taget dll lg yg dipk patut. Nk citer lebih pn aku bukan dlm pengurusan pasukan Selangor pn. heheheheh

Untuk menang piala mmg sukar, tp utk mengekalkan kejuaraan lg lg lg la sukar. Bola 1, sumer org berebut weh. Piala 1, sumer pasukan ada taget n nk menang pn. Xkan nk kalah pulak. Kalu kalah pn kureng2 kalah bermaruahlah. Mng atas pasukan atas lg bagus. Bonus tuh... Kembang dada memasing kalu underdog menang atas pasukan pilihan...

Pd tahun 2005, Selangor mng Piala Malaysia. Mmg meriah la kalu Selangor mng. Mng 3-0 keatas Perlis. Masa tu Bambang n Eli Aiboi yg merupakan pemain impot Selangor. Pd thn berikutnya iaitu 2006, perlawanan pembukaan dlm merebut piala Sumbangsih, amat menengejut berukkan ramai peminat2 Selangor. Apa tidaknya kena 6-0 dgn Perlis. Pasukan yg Selangor kalahkan pd final 2005 itu. Kalah 1-0 ke, 2-1 ke blh la terima. Ini 6-0... Perghhhhh... Ni kalu E1 baca sure kembang punggung nih. hehehehehehe

Aku masa tu ada kt Bentong, ziarah abg ipar dpt twin. Baca je paper Mingguan Malaysia yg Selangor kena 6 bijik tu terus aku terpk.. Ada mslh ni... Apa tidaknya, semangat n moral pemain2 spt merudum jatuh. Kemudian bermula n berlangsunglah episod perlawanan demi perlawanan yg memalukan yg mana x sepatut n selayaknya sang juara bermain n mendapat kekalahan. Ada menang tp berapa sgt la menang jika nk masuk pusingan ke2 pn x lps.

Hinggakan ada adegan yg memalukan iaitu acara baling membaling botol air antara peminat2 n pemain2. Sblm adegan tu, peminat2 mengutuk n mengejek para pemain Selangor nih. Sudah kena kutuk n keji maki apalagi... Para pemain sudah panas.. Maka bersambung la scene tu...

Hinggakan pd rombakan pasukan Selangor sblm masuk musim baru 2007, mantan MB ketika itu secara mengeluarkan kenyataan yg sebahagian besar pemain Selangor digugurkan. 2006 n 2007 merupakan tahun gersang n tandus utk pasukan Selangor.

Mengapa jadi demikian?

Yg aku baca, moral n semangat depa turun sbb ganjaranlah. Duik la Duik. senang cakap. Da menang Piala Malaysia dpt imbuhan ciput + melancong keluar negeri je, sblm tu da mng FA Cup n Liga... Aleh2 dpt skit je... Sementara itu pasukan ln menang liga n dpt naib johan menerima habuan yg lbh beso dr Selangor. Sudah tentu para pemain akan membandingkan apa yg mereka terima. Pasukan yg paling berjaya dpt habuan lbh kecil dr pasukan yg kurang berjaya apa citer?

Aku rasa rata2 pemain dlm hati masa tu akan timbul kata camni.

"Apa punya kedekut da?.."

"Berkira betul, org berhempas pulas nk menang, cam ni dia layan..."

"Dia berkira, kita berkira je la" - Yer la drp susah payah menang buat apa? Baik main cam biasa je, gaji dpt gak. Sama gak.

Dll lg.

Maka ada yg berkokok mengatakan bahawa pemain2 tersebut da terima gaji n gaji mereka pn besar sambil mengatakan kena profesional. heh! Tang org ln suh profesional. Tang diri sendiri?... Lu pk la sendiri...

Penanda aras bg kita menghargai org pd zaman ni biasanya fulus la fulus. Lu berkira, org ln berkira la bang oiiii. Org pn x mintak lebih. Org mintak selayaknya sahaja. Lu bg apa yg derang nak n sumer pemain puashati, Insyallah moral n semangat pemain xkan jatuh punya.

Bila moral n semangat da jatuh apa jd? Main pn cam budak sekolah, main cam budak sekolah alamat kalah lah, Da kerap kalah, peminat pn benci, bila peminat da benci, stadium pn kosong. sbb peminat x dtg. Stadium kosong alamatnya kantong FAS pn kosong la. Peh tu, org atas blame org bawah, org bawah kompom senyap je. Bising2 pn bklg2 je. Ckp byk2 kang kena fired cam Donald Trump fire org plak. So org bwh senyap je la.. Main cam biasa janji RM masuk bln, soru x miss maa...

Sebenarnya senario camni berlaku dimana3 je, bkn setakat sukan je. Kije pn. X kira la, fulltime ke, parttime ka or tolong menolong. Ni biasa kampeni swasta la bang...

Maksud aku begini, sbg contoh... Kalu kita ada kempeni, xkisah la kampeni apapn. Da ada kempeni biasanya ada pekerja la yer tak? Kos tetap cam sewa, byr api, air dll utiliti n pekerja biasanya tetap. Btl tak? Tak kira la kita rugi ke, untung skit ke, untung beso ke... Sampe masa bayar gaji, kita kena bayar gaji. X kira la camne kita usaha, nk deduct kita punya untung or deduct gaji kita. Gaji mmg kena bayar sama2 gak dgn utiliti2 ln. X kira la kampeni tu kureng duik ka atau apa ka.. Cukup masa gaji kena bayor dgn sesetimpalnya.Kalu la pekerja tu dpt kurang dr jumlah gaji dier bagaimana? Apa perasaan die? Kije sumer ok ni. Apa boz ckp pekerja ni ikut. Kalu ada pekerja x sabo. Dpt gaji tu dier 'sebat' apa yg patut then blah camtu je. Dlm hati menyumpah sambil kata bye2 bos. Ada yg berhenti 24jam pun... Ada pekerja akan slow talk dgn boz dia yg berkira nih. Ada pekerja yg bg 'chance' pd boz dia dlm imbuhan ni. Berharap... Moga2 boz dia bg la yg sepatutnya pd masa akan dtg..

Tup tup bos dier bg kureng lg. Apa pekerja dia akan rasa? What Say U?... hehehehehe

"Apo kojo ponek2, dpt skit jo.. Apo cito?"

Yer betul jg org kata bukan sumer kita perlukan duik. Tp apa yg kita perlukan sumer ni skrg ni perlukan duik.

Pekerja2 or pemain2 ni merupakan tulang belakang yg menaikkan n menyokong pasukan atau kampeni. kalu da pemain or pekerja kuar masuk... Mesti ada 'question mark' di situ. Kalu sorang 2 pekerja keluar mungkin la pekerja tu ada silap dimana. Jika hampir semua pekerja n pemain merasakan benda yg sama. Sapa salah? Pekerja n Pemain ke atau Bos?

Keputusan ditangan anda....

Cuma bos ni kdg x fhm hint yg diberi spt kije x semangat la, kije asal jd la, pekerja berhenti 24jam la, pekerja kuar masuk, pekerja jauhkan diri dr boz walhal sblm ni rapat. Kdg bos mkn kt restoren sama pekerja or pemain lari x mo jumpa.
Kalu bos berkira, alamatnya pemain n pekerja pn berkira la. hehehehe. Pemain n pekerja menilai boz mereka atas apa yg boz mereka huluq. Bos huluq skit, pekerja terima n bibir senyum je tp hati ku rasa kelat semacam. hehehehehe. Bos huluq besa, hati ku kira berbunga2. Insyallah akan sapot boz pd masa akan dtg.

Jika sukar hendak memenangi Piala, Lebih sukar hendak mempertahankannya. Ku kira Jika sukar hendak mendapat sokongan, lebih sukar hendak mendapat sokongan yg berterusan

Ini hanya omongan kosong ku sahaja. hehehehehe. Semoga Pasukan Selangor terus Meletup!!

Semoga Allah menganugerahkan kita sifat pemurah.

Monday, January 4, 2010

Kes Kalimah Allah - Komen Aku

Salam

Beberapa hari lps kita di kejutkan dgn keputusan Mahkamah Persekutuan dgn memberi kebenaran kpd Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly. Blh rujuk dlm ni n ini.

Memula dgr tu terkujat gak. Apa hal plak ni? Apa da jadi? Blh derang guna? Pasai apa nk guna kalimah Allah? Takde perkataan ln ke?

Walaupun isu2 utk menggunakan kalimah Allah ini da lama di perjuangkan oleh agama ln selain agama Islam. Cuma bila mahkamah membenarkan, mmg kecoh 1 Malaysia. Ku kira bkn Malaysia saje, tapi beberapa negara jg mungkin amik pot ttg perkara ni.

Kdg2 aku pk cam lawak sarkas pn ada gak. Kenapa aku pk cam tu?.. Camni... Kalu sapa2 penah tgk perdebatan, perbahasan, diskusi dll semakna dgnnya antara Muslim n Non Muslim ni terutamanya Kristian, dpt di lihat yg mana orator Kristian ramai yg mengatakan Allah ini Moon God. Senang citer Tuhan Bulan la. Kenapa x caya?.. X caya samo den blh p cari kt google or yahoo dll enjin carian. No hal one.. hehehehe

Dlm duk kata Allah tu Moon God, pd masa yg sama dlm Bible versi arab yg namanya Al Kitab byk sekali berkataan Allah sbg ganti nama tuhan bg org Kristian. mmmmm Bab tuhan sendiri pn da kompius.. Adoiyaiiii...

Kenapa aku kata kompius?... Begini... Dlm Islam ada byk Mazhab. Btul? Mesti la betul. Byk mana pn mazhab. Tp Tuhan ttp 1. Tuhan yg Esa. Allah SWT shaja Rab yg di perakui oleh Muslim. Tiada 2, Tiada 3, tiada 10, 20 dll sebagainya. Tetap 1 n hanya 1. Bkn 2 dlm 1, 3 dlm 1, 4 dlm 1 dll. 1 n hanya 1.

Tp dlm Kristian yg aku baca n aku duk tgk derang bertengkar pn pasai Tuhan depa. 3 dlm 1 iaitu Trinity, 2 dlm 1 ( ni aku lupa apa nama) n 1 je tuhan. 1 tuhan ni depa panggil Unitary. N semua puak Trinitian, Dwitian n Unitrian ada hujah memasing. Camne jd camtu.... Pjg ni weh kalu nk citer... Stat mula trinity tu bila bermulanya Persidangan Nicaea. Kalu sapa2 ada baca pasai ni. Di sini bermula penerimaan Jesus sbg Tuhan. Pd masa yg sama ada puak yg x terima Jesus sbg Tuhan n puak ini lbh bsr dr puak yg terima Jesus sbg Tuhan. Tp yer la veto power atas chairman... Sndri mau ingat la...

Acapkali kedengaran kalu Trinitian kata 3 tuhan tp tuhan ttp 1. Sbg cth Tuhan Bapa + Ruh Suci + Tuhan anak = Tuhan atau 1+1+1 = 1.

So mana 1 betul? 3 dlm 1, 2 dlm 1 atau 1 je Tuhan? Yang mana 1 idaman kalbu?..

Trinity sama je konsep nya dgn Trimutri n Trikaya. Semua 3 dlm 1. Ada anak beranak sumer ada...

Well... Dlm Surah Al Ikhlas jelas menyatakan Allah adalah Esa, Allah menjadi tempat tumpuan, Tidak beranak n diperanakkan n langsung x blh di samakan dgn yg lain. Sekaligus menolak apa saje yg cuba dikaitkan dgn Allah sbg Rab. Kita pn faham ketuan negara pn sorang je. Setiausaha agung PBB pn sorang je. Apatah lg kalu ada 4 5 kepala yg jd ketua. Mmmmm Dlm rumahtangga ada 2 ketua pn da huruhara...

Mmm Setelah 50 thn merdeka baru dpt kebenaran Mahkamah ttg penggunaan perkataan Allah dlm majalah depa. Mmmm Kalu dlm Bible Arab mmg ada perkataan Allah, Bible Melayu aku x pk ada perkataan Allah, perkataan Tuhan ada. English Version The God. Bible sendiri sndri x konsisten dlm penggunaan ganti nama perkataan Tuhan. Bagaimana mereka yg 'claim' bahawa kitab mereka yg 'Inspired by God' ini menggunakan ganti nama tuhan yg x konsisten? Mungkin akan dtg akan ada perkataan Allah sbg ganti nama Tuhan dlm Bible bahse Melayu. Inspired by God lg.... mmmmm.. Mau baper kali pinda?...

Setahu aku n yg aku baca yg bahser Arab, Aramic, Hebrew mmg ada perkataan yg sama yg berasal dr 'root' yg sama. Kita akan jumpa Eloh, Eli, Elohim... N setahu aku bahser asal Bible adalah dlm bahse Aramic. Bahser Aramic merupakan Bahser Semitik.
Allah dlm bahser Aramic ni maksudnya 1 dan hanya 1. Amat sgt x sesuai pabila digunapakai oleh trinitrian iaitu dlm Majalah Katholik itu. 3 tuhan tp 1. Mmg x kena langsung dr segi maksud. Jika depa bikin begini Allah Bapa + Allah Ruh Kudus + Allah Yesus = Allah. Haaa Camne?... Aku rasa penganut depa sendiri pening. Apa tidaknya... 1 n hanya 1 Bapa + 1 n hanya 1 Ruh Kudus + 1 n hanya 1 Yesus = 1 n hanya 1. Semua ke 3 3 entiti 1 n hanya 1 itu menjd 1 n hanya 1... Aku rasa yg baca ni fenin kapla. hehehehehehe

Yg paling penting sekali Jesus sendiri x pernah mengaku dirinya sendiri sbg Allah atau tuhan. Mana mungkin Tuhan sendiri x berani atau lupa atau terlepas pandang utk bgtau bahawa dirinya adalah Tuhan?

Kesannya .... Akan dtg nnt, ditakut anak2 kecil akan menyangka bahawa Allah dlm ketuhanan Islam adlh sama dgn Allah dlm ketuhanan agama2 ln. Ini akan meleret sampai ke beso nnt. Tertanam dlm hati bahawa sumer agama sama je. Skrg ni pn da ada pn. Smpai 1 masa rasanya akan jd Pluralism yg mana 1 tmpt ibadat sumer agama blh beribadat dlmnya. Spt yg jd di negara jiran kita. Minta dijauhkan. Na'auzibillah.

So, pd pendapat aku... Mmg amat x sesuai sungguh penggunaan Perkataan Allah oleh majalah depa oleh kerana ketidak konsisten penggunaan ganti nama tuhan dlm kitab mereka sendiri. Alih2 dgn tidak konsisten tu mau digunapakai dlm Majalah? Di tambah lg makna 1 n hanya 1 tu sndri pn x sesuai utk trinitrian. Yg yg paling penting da la kondem n komen bhw Allah tu Moon God aleh2 nk pakai perkataan Allah? Persis jilat ludah balik ke bro?...

Wallahualam

Friday, January 1, 2010

Satu Ketika di Teluk Chempedak

Salam

Baru2 ni aku jd 'jaga' jap pd student PSAS TKD atas tiket kejohanan MSP. Jd masa kuar makan petang setelah kebulur dlm setengah hari tu kitorang pn pi la Teluk Chempedak yg mmg x jauh dr POLISAS tu.

Aku rasa rata2 org pn kalu pi mana2 pn akan ada perasaan nak tahu apa yg spesel atau benda baru dlm kaw tu. X kirala makan ke, minum ke, tempat ke, bentuk ln skit ke or apa2 la. Lgpn da alang2 sampe Kuantan ni, singgah je la jap kt Pantai Teluk Chempedak (TC) ni. Cam lain2 pantai yg penuh dgn gerai2 jualan sama jglah dgn TC ni.

Handal Mr Zari amik gambar ni. Muleh jd Pro nih. hehehe

Apa yg spesel? Makan?... Ada gak aku tanya apa spesel kt sini .. Senyap je... Mkn seafood je la. Mkn seafood cam biasa tp sedap la mknan dia. Minum?... Dpt la aku rasa Air Kelapa Bermadu... Tgh lapar n dahaga.. Mmg sedap la.. Da tu dgn restoren betul2 mengadap Laut China Selatan, dgn angin sesedap rasa. Kalu tafakur kompom tido nih. hehehehehe

Dkt dgn restoren tu ada gak tmpt urut reflexologi n urut kaki pakai ikan. Murah je. X mahal. Berbaloi? Mmg berbaloi, tp aku x cuba pn. Sbb baru je makan. x pk pn nk di urut.

Lps mkn tu aku duk jap dgn Mr Zari n lps beberapa ketika aku pn pi la main air laut. Da lama x main air laut. Slalu kalu pi pn Pantai Morib je. heheheheh. Sambil main air laut tu sambil tu la lyn student ni. Ada yg main tulih nama kt pasir, ada yg tulih daun keladi.. Kemaruk nak bercinta ke nih?.. hehehehe. Biasalah org muda. Then amik gambo reramai... Biasa la...

Cuma masa pi tu org x ramai sgt. Ye la sampai pn da petang dlm 5pm. Lg pn ari Sabtu. Ahad ramai org barangkali.

Kelihatan jg batu-batuan yg agak banyak di satu sudut. Nampaknya sesuai utk org lepak kt situ utk cari ilham, mengelamun, berangan, bercengkerama atau semakna dgnnya.

Tp kalu sekadar nk mengelamun, duk tmpt biasa ngadap laut lps tu da blh mengalamun.

Pemerhatianku dlm 2 jam di Teluk Chempedak.