Friday, February 26, 2010

Hampir Sebulan

Salam

Musim persekolahan da pn bermula awal taun ni. Selang beberapa minggu tu plak xtvt ko-ku plak berjalan. Dlm berlangsungnya gerak kerja ko-ku tu kena 'ganggu' plak dgn sekolah ganti pd ari sabtu. Nak wat camne? Cuti byk benor. Nak taknak kena ganti la. Ko ku pd ari sabtu tu terpaksa la pospon or tak de koku. huhuhu. Tu yg sekolah rendah n menengah. Sekolah agama pn ada ganti. Hari sabtu plak tuh.

Cuma kt MRSM or sekolah swasta ni aku taktau la plak ari sabtu sekolah atau tak. Aku bukan ngajo sana pun. Tambahan lg aku pn tak dpt pn planning tahunan dia n aku pn tak mintak. Nak mintak pn aku bukan cikgu kt situ. heheheheh

Ni aku nak citer pasai Kejohanan Tkd MRSM Semalaysia la ni. Yg akan berlangsung pd Ahad ni 28 Febuari 10 di MRSM Serting. Kejohanan berlangsung dr 28 Feb hingga 4 Mac. Last year kt MRSM Transkrian. Tu la pertama kali aku, Zari n E1 p kejohanan TKD MRSM seMalaysia. Pertamakali gakla membuatkan kami terkejut beruk dgn pattern yg bercampur aduk. Memacam di campurnya. Handal betui derang ni. Blh wat paten sendiri. Founder punya la susah payah n pening kapla cipta paten yg sesuai dgn tahap talipinggang, allih2 dgn senang hati di campur adukkn. Da tak tulen bang... Kalu da campur nak panggei paten tkd lg ka?
Tp pd ari pertama aku kt MRSMF masa ko-ku kelab TKD tu cikgu ada bgtau la yg kejohanan TKD tu akan berlangsung hanya sebulan dr tarikh aku dtg tu iaitu 27 Jan 10. hehehehe. Gue ada 1bln nak train bdk2 ni. Tambahan plak ada Chinese New Year dlm bln Feb ni. Tambahan pula selection di buat pd minggu selepas perjumpaan pertama.

Masa aku dpt kertas peraturan kejohanan, aku tanya la kt cikgu sapa yg empunya kerje yg wat peraturan nih? Gaya tanya cam big boz la pulak. heheheheh. Takde la camtu aku cuma nak tau sapa yg uruskan dr segi pengadilan, pengurusan kejohanan n individu yg terlibat. Sbb yg aku tanya tu pasal team paten cuma kena 4 org je. Kalu karate tu ada la 3 org, Chang Hon style ada la 5 org, couple paten tu 2 org la. Tambahan pulak sparring di wat secara open. Takde kategori junior, senior n black cam Chang Hon. Sbb tu la aku nak tanya sapa yg incaj. Tp tgk sparring open ni mmg aku da syak la WTF yg handle. Lgpn WTF mmg kuat kt N9.

So cikgu yg baik ati tu bg la aku kol sekian si polan bin sipolan. Aku dgn perasaan biasa n ingin tau pn bertanya sapa yg uruskan perjalanan kejohanan ni. Depa jwp WTF team, penjawap tu kata lg pengadil diambil dr level state n nasional. Ku tanya lg atas kemuskilan aku yg paten team tu, kenapa 4 org? bkn 5 spt amalan biasa. Penjawap tu tanya la aku samada pernah ke aku pi antar team ke kejohanan TKD.

Adeh..... Kesian aku..... Nampak sgt aku tak glamer. hehehehehehehe

Ye la bro gue tak penah p mana2 kejohanan TKD samada olimpik or Chang Hon style. Aku tak glamer nak wat camne? hehehehehehe

Mungkin la kejohanan sblm2 ni, memacam format utk team paten derang da buat. Aku pn tak tau.

So utk student MRSMF, pemilihan di jalankan. hehehehe. Spt biasa, kalu wakil MRSM ni bape kerat je kena pilih. Aku pn terpk mmg nak antar yg ln utk tonemen pd bln april nih. Blajar sampe biru n merah tp tak penah masuk tonemen apa ke halnya?

Hampir sebulan berlatih, berlatih sendirian berhad la. Mmg kena bg homewerk la. Da beso da, takkan tak blh wat kots?... Dgn esok hari akhir utk latihan terakhir... Da ari akhir mana nak wat berat2? Injured naya je....

Laporan akan menyusul selepas pulang hari Jumaat Depan.

No comments:

Post a Comment