Tuesday, June 22, 2010

Jumpa Kawan2 Lama

Salam

Lama benar tak menulih dalam blog nih. Maklumlah sejak semenjak ber'FB' ni blog seakan sepi jer. Begitupun aku tetap melayari blog kengkawan samada LP, TKD dll. Kasi baca lah.. Tambah input skit. Walaupun merapu meraban.

Kalu peratikan dlm FB ramai gak member wat reunion utk jumpa kwn2 lama. Ramai yg jumpa kwn lama lalu FB.. Jumpa x-gf, x-bf, bestfriend n kwn lama lalu FB.. Walhal da lama jg tak jumpa. Ada yang hampir 10, 15, 20tahun, 25tahun mungkin... Mana taknya sampe berpuluh tahun tak jumpa.. Lps sekolah je cari haluan memasing. Ada yg lps SPR/PMR/UPSR pn da tukar sekolah lain. Then langsung tak jumpa2 sampe sekarang.

Ada juga la aku jumpa tgh jalan, tapi spt kata org .. "Macam pernah aku lihat muka ini, tapi di mana ya?.." Dah lama tak jumpa, nama pun kekadang tak ingat. Kawan 1 kelas mungkin la aku ingat muka n nama derang ni, masuk kelas sebelah, kelas 2 belah... Perghhh... Menung skit punya lama nk retrieve information dr otak aku nih..

Dah la belasan tahun dulu skit punya kiut miut, comey, tegap punya badan.. Aleh2 da belasan tahun ni ramai yg kembang, muka ada berubah, tinggi je aku rasa tak berubah, saiz badan jelah berubah.. Tp ada gak tak berubah.. Welll.. Aku jg yg still tak berubah, tetap hensem .. wakakakakakaka.. Sorry la weh, gurau jap..

Ada yg aku jumpa balik di tempat yg slalu aku pergi almost every week!! Adehhh.. Tiap2 minggu pi Tanjong muleh tak jumpa plak?.. Dah tu slalu beli belah kt 1 hypermarket yg mana umah dia blkg hypermarket tu jeh... Walhal da 4 tahun aku duk ulang alik tempat tu setiap minggu... Peluang utk jumpa Allah baru izinkan..

1 perkara yg aku puji kawan2 lama aku ni.. Mereka berusaha cari kawan2 demi mengenangkan kawan2 lama ni siap cari dalam search engine, cari dalam miling list cam yahoogroup, tanya n minta no hp dlm Blog n sudah tentu cari dalam FB. Terima Kasih kerna ingat member lama nih..

Baru2 ni aku jumpa sorang kawan lama di Politeknik Shah Alam (PSA) , sblm tu dia khabarkan ada reunion pd minggu akan dtg tp disebabkan ada hal pd minggu akan dtg tu aku jemput dia dtg ke PSA. Pada masa yg sama adala kwn2 lain yg ada di PSA yg da lama jg dia tak jumpa n dpt jg la tgk2 skit atlet2 TKD sparring sempena Kejohanan Kebangsaan MGTF 2010 ini. Terkejut jg aku tiba2 di sapa.... Ingat sapa td... Rupa2nya kwn aku yg da lama tak jumpa nih..

2 minggu sblm tu ada je reunion kecil2an di kg aku.. Kebetulan masa tu cuti sekolah baru mula n ramai yg balik kg.. Apa lagi.. Ambil kesempatan lah.. Alhamdullilah walaupun tak ramai, utk perjumpaan kali pertama aku rasa ianya amat bagus sekali.. Insyallah jika tiada aral akan di usahakan perjumpaan pada masa2 akan datang... So gue follow saja... Ada ruang kosong, gue muleh cilok mari.. Gue datang..

Cuma gue tak jumpa2 lg kwn kt Segamat tu. Koling2 n sms byk kali dah.. hehehehe
Amacam bro? Bila mau jumpa.. hehehe

1 comment:

  1. Salam bro ip-pin, mungkin belum masanya kot. Masa aku balik kampung kat pahang tu memang nak singgah ke shah alam jenguk ko. Tapi ada je halnya yang lebih penting.

    May be next bro. Aku pun nak discuss pasal buah pukul dan TKD ni...hehehe Master ip-pin.

    ReplyDelete