Thursday, October 1, 2009

Jiran Lama

Salam

Satu ketika dulu ketika aku sekeluarga menyewa flat di 1 penempatan yang sedang naik di daerah PJ, sekarang pn masih mencanak2 naiknya, berjiran dgn kwn ni. Kira rumah kami ni bertentangan la. Jiran aku ni dia beli rumah disini. Ibubapanya pn menetap disini. Kira org rumah aku mmg rapat la dgn org rumah dia. Diorang mmg lbh lama tinggal di kaw ni dari aku. Biasa lah dpt peluang. Masa aku nk menyewa kt sini pn aku tau nama tmpt ni sbb baca paper yg iklan rumah utk di sewa di kaw sini. Baru tau... Oooo ada rupanya nama tmpt ni....

Dr segi semangat kejiranan di sini mmg aku puji la... Ada majlis kenduri & mesyuarat yg mana hampir semua penduduk asal yg berpindah kesitu join skali. Jika ada musim ari raya camni mmg derang tawaf dr 1 rumah ke 1 rumah. Mmg bagus. Cuma aku yg cam payah skit nk masuk line. Maklum la org baru. hehehe

Bagus jiran aku ni, dia slalu ajak aku join kalu majlis di kaw sini. Pernah jg menjadi penunjuk jalan pdku ketika aku sesat mencari klinik kerajaan di Sg Buloh. Mana aku xsesat, xpernah p pn. Adala skali jln, ntah ceruk jalan mana aku redah aku pn xtau, kira sampe 1 kaw hutan (kuts..) nampak byk monyet... Monyet ni punya edban sampe minum air tin tinggalan para pengunjung. Minum dgn penuh perasaan. hehehehe. Aku xtau la kuts ada org duk pedajal x abih minum tin carlberg n ltk kt situ. Jd jika para monyet yg naif ni minum dgn sehabis mungkin akan keluarlah kung fu Drunken Monkey. hehehehe. Minta2 xde la org wat dajal lagu tu. hehehehe. Lps sesat tu la org rumah dia siap naik kete aku n tunjuk jln ke klinik. Tima acih daun keladi, Ada peluang aku buat lg.. hehehehe

Ada 1 kali org rumah aku cerita pd aku yg mana cerita ini di sampaikan oleh org rumah jiran aku ni. Kira repot merepot la ni. Minggu tu aku antar org umah n anak balik kg. Jd aku tinggal sorang2 la kt rumah. Xde org rumah n anak ni biasa aku tido awal la.. Skali tu masa Tsunami melanda, kaw flat ni n beberapa kaw yg berdekatan ada mengalami gegaran. Mmg masuk paper pn. Gegaran tu berlaku pd tengah mlm... Suasana jd skit punya kelam kabut n ramai yg turun ke kaw lapang. Yg bagusnya org dikaw sini siap ada yg menjerit2 suruh turun n ada yg ditugaskan p ketuk pintu rumah yg kira2 blm turun. Aku masa tu tido punya sedap... Aku pn xpasti ada org ketu pintu rumah aku ke x. hehehehehe. Org rumah jiran ni panggil org rumah aku "Kak". Dia citer kt kt org rumah aku pasai gegaran mlm tu.. Kata dia

"Kak, sy tgk rumah kak terang je. Tapi org ketuk rumah xde pula org jawap"

Org rumah aku trus ingat.. Ah sudah... ni mesti tido ni. Baik punya lena. hehehe. Diberitakan jg dlm 3 pg setelah tiada gegaran n di fikirkan selamat, baru la penduduk flat kaw ni naik ke rumah memasing. Aku... Seronok di buai mimpi.. Mimpi jumpa mambang. hehehehe

Semasa orang rumah aku melahirkan anak yg ke 3 n 4 sempat jg jiran aku ni melawat skali. P hospital tu. Kebetulan aku pula ada di hospital ketika itu. Timo kasih bos.. Ni kira2 3thn yg lps.

Lps 3 taun ni baru jumpa balik yg mana sepatutnya pergi melawat sempena raya ni di rumah dia. Ntah camner aku bertolak dr rumah FAMA ku agak lewat n tambahan pula aku pulang melalui jln dalam untuk mengelakkan jem kononnya. Guna highway masa di KLIA je. Bila sampe kaw Shah Alam da hampir mlm. Jiran aku ni kol supaya dtg tempat dia berniaga. Raya di tempat dia cari makan. Pada mula nya aku ingat dia berniaga di hentian bas di 1 lg tempat. Bukan rupanya. Dlm duk koling2 tu dia nampak keter aku n kasi lambai. Akhirnya sampai jg kami ke tempat dia. Rupa2nya dia berniaga disini, depan Muzium Shah Alam.

Rupa2nya sudah 1.5 tahun dia meniaga di sini. Meniaga Tomyam. Siang ibunya meniaga n malam dia amik giliran pulak utk meniaga. Masa kami dtg tu, itu la hari pertama lps raya jiran aku ni meniaga. Alhamdullilah jiran aku ni jamu kami sekeluarga. Makanan ok, sedap.. kalu x sedap xkan boleh bertahan sampai 1.5tahun ye tak?... Da 3 thn x jumpa... Byk jg la kami borakkan.

Lokasi tempat niaga jiran aku ni di hentian bas depan Muzium Shah Alam bertentangan dgn padang awam tu. Mmg ramai lepak memalam. Di hentian bas tu ada kedai makanan. Di situ la lokasinya tempat berniaga. Mmg lokasi yg bagus.

Aku Doakan Jiran Lama ku ni Semoga berjaya dalam perniagaan dia. Amin

No comments:

Post a Comment