Thursday, September 10, 2009

Satu Ketika Di Bulan Ramadan

Salam

Kisah ni berlaku kira2 11 tahun yg lalu. Masa tu aktif dlm Tabligh la. Masa tu bulan Ramadan. Ada 1 jemaah yg terdiri dr student madrasah dtg tempat aku. Madrasah mana aku da lupa. Da 11 thn da.. Byk yg lupa. Jemaah ni ada jg org dewasa dlm 5 org. 2 org awam n 2 Ust student ni, org tua sorang. 2 Ust tu Hafiz Quran.

1 hari pd pg ahad aku bw sorang dr Ust H (ku namakan Ust H) ni berjumpa dgn Ust A (ku namakan Ust A)yg bertanggungjwb atas tempat tu. Ust A ni pernah join Tabligh cuma bila kerja n masuk kaw penduduk disini beliau slow skit. Slow2 pn beliau kalu ada jemaah dtg, beliau dtg merai jemaah jika tidak sibuk. kdg Ust A ni jumpa aku dia minta aku sampaikan salam pd rakan beliau yg berada di KL kalu jumpalah. Rakan Ust A ni pn Ust jg n masih aktif dlm Tabligh.

Jd pg tu aku aku bw Ust H ni p jumpa Ust A ni. Naik motor kapcai aku la. Senang cilok2 kalu sesat. Bila sampe umah Ust A ni, aku bg salam. Ust A jwp salam, buka pintu n keluar. Tetiba aku tgk dia cam termenung jap, kepala tunduk skit n geleng kepala dlm 2 3 kali. Dlm ati aku masa tu saspen gak... Apa hal la pulak Ust ni?...

Ust A jemput kami ber2 naik umah beliau. Seperti biasa kalu org dtg, kita pn bg intro la dulu. Bila da cit cat dlm 10 - 20 min. Beliau pn citer pasai mimpi dia mlm td. Dia citer yg mlm tu dia mimpi dia jumpa almarhum Tuan Guru beliau masa ngaji pondok dulu. Tuan Guru dia tanya beliau ttg perkabaran beliau n tanya da sahur ke belum. Lps tu beliau terjaga n termenung pasai mimpi dia tu. Bagai 1 pertanyaan kpd beliau.

Jd bila kami dtg, terus beliau ingat mimpi mlm tu n kata kedatangan kami ni hadiah utk dia. Aku bw ust H ni sbb nk dpt keberkatan dia pn.. Da hafiz Quran.. Pehtu jumpa Ust A ni. Ok la tuh...

Ust A ada cerita serba skit ttg pengalaman dia masa ngaji pondok dulu. Skali dia terpk pasai keperluan hidup dia. Dia ada bercadang nk jd sojar. Ayah Ust A ni dtg jumpa beliau n kata apa yg ayah Ust A ni usahakan in adalah utk dia. Keluarga Ust A ni ada tanah sawah. Ust A citer pd mulanya beliau xfhm, bila sampai di tmpt ni baru dia fhm. dia kata... 'DUNIA NI ALLAH BAGI'. Smbil mengatakan bahawa wawasan org tua beliau betul. Pengamatan aku pn mmg betul pun dunia ada pd beliau ni. X miskin pn Ust A ni walaupn ngaji pondok. Ok je idup beliau.

Semasa citcat tu Ust A ada menyebutkan nama almarhum Tuan Guru beliau. Lps beberapa ketika kami pn balik la...

Setelah beberapa thn lps tu aku duk kt Shah Alam. Biaso la merantau. Slalu aku p beli majalah atau paper kt kedai majalah kt sini. Ada skali tu aku tergerak hati nk buka 1 majalah bercorak Islamik. Skali aku belek terjumpa nama Tuan Guru Ust A ni. Dan dan tu gak aku belek ni baca kisah Tuan Guru ni.. Secara ringkasnya mmg zuhud, jd rujukan ramai org n yg paling aku ingat skali kisah masa Tuan Guru ni sakit, bila org tanya pd beliau, beliau boleh tunjuk kitab mana yg mengandungi soalan tersebut n bukak tepat pd mukasurat tersebut. Mmg terer la. Ni baru 1 'permata' yg aku baca.. Belum yg ln lg...

Sblm aku terjumpa n baca kisah Tuan Guru ni, aku ada terdengar jg kisah Sorang Ulama yg memiliki kekuatan ingatan yg hebat. Yer la kalu Ust yg x kurang bagusnya pun muleh kata ttg Ulama ni masa baca Al Quran, setiap ayat yg dibaca tu terbentang lautan tafsir. Aku dengar pn perghhh hebatnya. Tmbhn lg org tanya soalan pd Ulama ni, beliau blh menjawap lebeh kurang begini. (ni bahse aku leee). Soalan ni pernah ditanya, sebut nama kitab, dlm library, bhgn mana, rak no bape, susunan ke berapa, siap muka surat bape n baris keberapa. Ada jg yg menceritakan kalu terbakar library tu Ulama ni muleh tulih satu per satu dr ingatan dia.. Per tu ada citer Ulama2 yg hati mereka hidup dgn ilmu dgn baca kitab sampe 20 30 ribu... Mmg power beb... yer la tu yg org citer, yg citer tu pn Ust jg. Aku duk dgr Ust ni citer n wat kupasan pn termenung. Biasanya citer pasai kehebatan org ni adalah org ln.. Cuma aku cari dlm internet xdela info cenggini. Xkan suma nk masuk ye dak?..

Utk jd org yg berotak geliga spt cerita diatas aku mmg kompom x leh la.... Cuma kalu boleh ada sorang dr waris aku yg begini pn Alhamdullilah....

No comments:

Post a Comment