Monday, December 14, 2009

Al Husni

Salam

Masa aku masuk blog Mr AKZ minggu lps , aku terpandang tajuk Amalan dlm bloglist blog Mr AKZ ni. Aku tergerak ati nk buka. Buka2 mmm mmg familiar la dgn ayat ni. Terima kasih pd empunya blog ni yg 'up' tajuk Amalan ni. Empunya blog tu membuatkan aku ingat kembali ttg nostalgia ayat ini.

Semasa pembukuan Al Quran oleh Zaid Thabit RA pada zaman Abu Bakar RA, Zaid dan beberapa sahabat lain telah di lantik untuk mengumpulkan himpunan catatan atau naskah2 Al Quran drp Para Sahabat yg lain. Catatan pd masa tu adalah tulisan pd kulit, kayu, tulang unta, batu yg ditatah dll. Seingat aku, ayat ni la yang terakhir skali yg dikutip oleh Zaid RA dr Khuzaimah Al Ansari (kalu salah sila betulkan).

Apa ayat tu.. nindia...Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar." At Taubah: Ayat 128-129

Kalu kita cek atau baca web anti Islam, depa claim yg ayat ni bukan drp Al Quran. Senang citer ayat palsu la. Walaubagaimanapun da ada jwpn pn. Apa jd hal. Mslh yg anti Islam ni yg dok aku tgk, diorg spt x tau bahawa penghafalan Al Quran tu adalah salah satu cara penjagaan n pemuliharaan Al Quran yg Allah kurniakan pd org Islam. Org x reti n x fhm Bahse Arab sgt ramai yg hafal Quran. Al Quran tu sendiri di baca dlm Solat n dibaca dlm amalan harian.

Yg aku belajar, ayat ni namanya Al Husni. Kenapa nama Al Husni aku pn xtau n x tanya pn. Ttg kelebihannya. Ada aku baca... Siapa yg amalkan 7x lps Solat... Kalu hutang akan di selesaikan, Kalu Hina, akan di muliakan, Kalu sempit, akan diluaskan dll

Sorang Sifu aku bgtau Al Husni ni di gelar "Ayat tak Buleh Mati". Memula dengar tu terkejut gak di kabar kan camtu. Rupa2nya dia terangkan bahawa jika di hafal n diamalkan hari2. Jika tak boleh baca atau ingat ayat ini, itu petanda yg kita akan pengadap Ilahi. Beliau ada ceritakan pengalaman sedara beliau ttg ini.

Cuma sblm Sifu aku bgtau, mmg FAMA aku ada kabarkan pun. Ada skali aku cerita kelebihan ayat ini pd kwn aku. Bukan kawan blkng rumah tu tau! langsung di tanyakan pd salah sorang Ust Di Sri Petaling. Ust tu khabarkan bhw yg dia tahu adalah ayat yg akhir. Maksudnya ayat 129 tu. Cuma yg Ust ni kahabarkan bhw beliau perasan adalah dg keberkatan ayat akhir ni, yg dia sempat jumpa kwn2 n sedara2 dia sblm kwn2 n sedara2 dia mengadap Ilahi. Kdg2 masa beliau di kg, sempat jumpa kwn2 n saudara n meninggal sblm beliau balik ke KL.

Ada jg perguruan Silat yg menggunakan ayat ni. Tujuannya ntah la.. Aku pn xtanya. Ada jg Ilmu2 Hikmah yg menggunakan Al Husni ini.

Berapa kali nak amal? 7x lps Solat boleh. 7x lps Subuh n Magrib boleh. 3x lps Subuh n Magrib pn boleh. 3x lps Solat pn buleh.

Aku pn xjumpa lah kelebihan ayat Al Husni ni dlm Hadis. mmm Mungkin ada yg bertanya kalu xde dlm hadis x muleh pakai ke? Pd aku senang je... Kelebihan2 yg tersenarai ni pn hasil dr tulisan org yg Arif yg di bukakan Allah akan mata batin mereka akan kebesaran n keagungan ayat2 Al Quran. N merasa sendiri akan kelebihan ayat2 tersebut. Orang yg Ariff ini dgn rasa tanggung jawap mewar2kan utk di kongsi n utk manafaat bersama.

Wallahualam.

2 comments:

  1. Salam bro ip-pin,

    Thanx for the info. Keterangan dan pengupasan lanjut tentang ayat Al-husni nie memang bagus. Syabas Mr Ip-pin atas usaha untuk memberitahu kebesaran ayat-ayat Al-Quran ini.

    Keep it up bro!

    ReplyDelete
  2. Salam Bro AKZ

    Sekadar kongsi2 ilmu yg sedikit kt ese ni.

    TQ skali atas komen.

    ReplyDelete