Thursday, December 24, 2009

Lebih Kureng Sejam di

Salam

Mula sabtu lps aku p PSAS sbb ada training khusus utk persediaan ke MSP. Kalu da nama pn training n poli pn cuti, apa lagi training pn dijalan pd waktu pg, ptg n mlm la. Sblm tu aku donlod la beberapa klip video kwn blkang umah aku tru pc kt umah Mr Zari. Bg tgk ke student ni bior semangat skit. Tp tgk dr air muka tu ada yg cam teruja la nampaknya.

Jd training tu berjalan dgn lancarnya, biasalah student pn da fulltime kt PSAS. Cuma pd Selasa baru ni aku ingat nk p kem Mr N waktu mlm. Yer la org da jemput. Dtg je la.. Entah camne ptg selasa tu ada plak sesi taklimat utk para peserta TKD n Silat. So latihan xdo n Mr Zari pn kata aku blh blk, dgn senang hati aku balik.

Sebenarnya Mr N sblm ni ada jemput aku utk p kem dia. Kalu x dpt 3 hari tu p la Selasa mlm Rabu. Ada persembahan katanya. Aku pk memula ok je. Jd bila aku sampe rumah ptg selasa tu, aku ckp kt wife aku nk p belah malam, da camtu dia pn ajak la p beli belah skit. Aku no hal punya, so lps solat Asar tu kami sefamili p la ke Ligamas Batang Kali. Sms drive ke Ligamas tu aku belek2 la map ke kem MrN tu n bg wife aku tgk map. Bila wife aku tgk map ni je dia kata dekat je. eco resort ni. Dia pn ajak n nk tunjuk skali la. Aku plak da dgr dkt, apa lagi terus je la p ke tempat tu.

So aku pandu punya pandu... Aik?!! Bila nak sampai ni? hehehehe Skali sampai dlm pkl 5.40pm. Da sampai sini xkan aku nk patah balik. Dgn brg blm beli lg. P kem ni 1/2 jam blk 1/2 jam. Beli barang n mkn minum lg... mmmm Peh tu nk dtg mlm?... 1/2 jam lg n balik lg. Adeh... 2 jam atas jalan je. Jd aku kira2 lebeh kureng 34km dr Rasa. 18km dr Hulu Yam. Mmg dkt. Lebeh kurang dr Rasa ke Tjg Malim je.

Alang2 da sampe aku sefamili terus p redah n cari kem MrN. So aku join jap la sambil borak jap dgn Ariff n Ust Azem. Jumpa gak beberapa pelatih SMARTS n ada gak la 2 bdk Korean. Da muka putih n muka bujur sepesen Korean nih. Dlm kem ni ada Melayu (majoriti), India, Cina n Korean. Pehtu aku sefamili jln ronda2 keliling kem. Anak2 aku sibuk main n tgk kolam. Layan je la. Peserta n prorgam tu ditempatkan di dewan atas air. Bagus2. Blh berlatih jd pemurah bg ikan makan biskut. hehehehehe

Kem MrN ni terletak di Nur Laman Bistari Hutan Lipur Sg Tua. Sebenarnya ada beberapa resort di sepanjang jalan Hulu Yam n Hutan Lipur ni. Suasana bagus. Air sungai jernih. Bagus utk rehatkan minda. hehehe. Wife aku kata tmpt ni lbh ok dr 1 tmpt di lokasi ln di hutan lipur ni jg.
Sblm balik tu aku p la Chalet MrN berehat n cit cat dgn MrN lbh kurang. Aku pn blk ke Ligamas utk Solat n program beli belah.

Lain yg di rancang, Lain pula jadinya. Begitupn aku percaya ada hikmah dibelakang semua ni. Manusia Punya Usaha Allah Punya Kuasa.

Friday, December 18, 2009

Yer Ker?

Salam

** Ni aku Kopi n pes je.. Layan...

Wife Is Like TV

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated

TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,

Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least....... .

TV do not have virus, but h/p yes, have VIRUS, once get it, HABIS LA!

hahahahaha.. .....

so better choose TV!


** Ramai Org suka TV beso siap dgn flat screen lg. hehehehe

Monday, December 14, 2009

Al Husni

Salam

Masa aku masuk blog Mr AKZ minggu lps , aku terpandang tajuk Amalan dlm bloglist blog Mr AKZ ni. Aku tergerak ati nk buka. Buka2 mmm mmg familiar la dgn ayat ni. Terima kasih pd empunya blog ni yg 'up' tajuk Amalan ni. Empunya blog tu membuatkan aku ingat kembali ttg nostalgia ayat ini.

Semasa pembukuan Al Quran oleh Zaid Thabit RA pada zaman Abu Bakar RA, Zaid dan beberapa sahabat lain telah di lantik untuk mengumpulkan himpunan catatan atau naskah2 Al Quran drp Para Sahabat yg lain. Catatan pd masa tu adalah tulisan pd kulit, kayu, tulang unta, batu yg ditatah dll. Seingat aku, ayat ni la yang terakhir skali yg dikutip oleh Zaid RA dr Khuzaimah Al Ansari (kalu salah sila betulkan).

Apa ayat tu.. nindia...Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar." At Taubah: Ayat 128-129

Kalu kita cek atau baca web anti Islam, depa claim yg ayat ni bukan drp Al Quran. Senang citer ayat palsu la. Walaubagaimanapun da ada jwpn pn. Apa jd hal. Mslh yg anti Islam ni yg dok aku tgk, diorg spt x tau bahawa penghafalan Al Quran tu adalah salah satu cara penjagaan n pemuliharaan Al Quran yg Allah kurniakan pd org Islam. Org x reti n x fhm Bahse Arab sgt ramai yg hafal Quran. Al Quran tu sendiri di baca dlm Solat n dibaca dlm amalan harian.

Yg aku belajar, ayat ni namanya Al Husni. Kenapa nama Al Husni aku pn xtau n x tanya pn. Ttg kelebihannya. Ada aku baca... Siapa yg amalkan 7x lps Solat... Kalu hutang akan di selesaikan, Kalu Hina, akan di muliakan, Kalu sempit, akan diluaskan dll

Sorang Sifu aku bgtau Al Husni ni di gelar "Ayat tak Buleh Mati". Memula dengar tu terkejut gak di kabar kan camtu. Rupa2nya dia terangkan bahawa jika di hafal n diamalkan hari2. Jika tak boleh baca atau ingat ayat ini, itu petanda yg kita akan pengadap Ilahi. Beliau ada ceritakan pengalaman sedara beliau ttg ini.

Cuma sblm Sifu aku bgtau, mmg FAMA aku ada kabarkan pun. Ada skali aku cerita kelebihan ayat ini pd kwn aku. Bukan kawan blkng rumah tu tau! langsung di tanyakan pd salah sorang Ust Di Sri Petaling. Ust tu khabarkan bhw yg dia tahu adalah ayat yg akhir. Maksudnya ayat 129 tu. Cuma yg Ust ni kahabarkan bhw beliau perasan adalah dg keberkatan ayat akhir ni, yg dia sempat jumpa kwn2 n sedara2 dia sblm kwn2 n sedara2 dia mengadap Ilahi. Kdg2 masa beliau di kg, sempat jumpa kwn2 n saudara n meninggal sblm beliau balik ke KL.

Ada jg perguruan Silat yg menggunakan ayat ni. Tujuannya ntah la.. Aku pn xtanya. Ada jg Ilmu2 Hikmah yg menggunakan Al Husni ini.

Berapa kali nak amal? 7x lps Solat boleh. 7x lps Subuh n Magrib boleh. 3x lps Subuh n Magrib pn boleh. 3x lps Solat pn buleh.

Aku pn xjumpa lah kelebihan ayat Al Husni ni dlm Hadis. mmm Mungkin ada yg bertanya kalu xde dlm hadis x muleh pakai ke? Pd aku senang je... Kelebihan2 yg tersenarai ni pn hasil dr tulisan org yg Arif yg di bukakan Allah akan mata batin mereka akan kebesaran n keagungan ayat2 Al Quran. N merasa sendiri akan kelebihan ayat2 tersebut. Orang yg Ariff ini dgn rasa tanggung jawap mewar2kan utk di kongsi n utk manafaat bersama.

Wallahualam.

Monday, December 7, 2009

'Kawan' Belakang Rumah Ku - Andy

Salam

Bila aku baca citer sahabat@kawan sejati dr blog kwn aku Mr Kamarulzaman UiTMJ ni teringat plak pd citer masa klas dewasa di SMARTS dojang ni. hehehehehe

Kisah ni adalah kisah dlm beberapa bln lps, sms latihan kelas dewasa, pd masa tu aku amik kelas memandangkan ari tu MrN ada hal. Kalu dlm kelas tkd ni, latihan angkat kaki atau leg raising ni mmg diamalkan hampir setiap kali kelas berjalan. Da sampe black pn duk praktik leg raising. Nk bg ringan kaki tu, nk bg kaki flexsibel, maintain skill n yg penting bg aku bg kuat menda asas la. Leg raising ni mmg menda asas dlm tkd n karate. Kalu kaki da ringan, rasanya dlm sekelip mata kaki tu blh gerak. Apa ada hal kalu kaki da laju cam kilat ye tak?..

Biasanya kalu aku amik kelas, leg raising atau choping/axe kick ni mmg jd rutin latihan aku la dgn aku tambah 'perasa' n 'perisa' serba sedikit. Bg pelatih x bosan la dgn 1 jenis leg raising or choping/axe kick ni. Aku rasa instrakter2 kt luar pn sama mungkin edban lg dr aku. Maklum la lg senior dr aku. hehehehehe

Jd masa kelas tu mmg aku tambah 'perisa' n 'perasa' sedikit, aku bg la 2 3 variasi choping/axe/downward kick ni. Wat pn cara "drill". Tgk2 pelatih ni da peluh sakan n nafas pn kejap turun, kejap naik kelas pn rehat la dgn aku2 skali rehat. Sblm rehat tu aku khabarkan pd pelatih bahawa ni cara latihan Andy Hug yg aku cedok.

Bila dengar je nama Andy Hug, terus ada yg bertanya

"Sapa Andy Hug tu?"

Bagai di cita, ulam pn tiba, langsung ku jawap

"Andy Hug ni kawan saya. Duduk belakang rumah."

Dengar je aku gebang camtu sumer pakat senyum, dahhhh ini instrukter mau goreng sama kitaorg. heheheheheheh. MrN ketika tu ada n siap bgtau lg

"Oooo, Andy ni kawan kau..."

Ku tambah lg

"Kitorang dulu sama pegi Jepun masuk K-1 dulu". hehehe

Yo la tu, ontah bilo den masuk K-1.. poie Jopun pn x ponah. hehehehe. Ku kabarkan pd pelatih tu yg aku minat Andy Hug ni. Aku minat cara mainan dia dlm gelanggang K-1 atau pertandingan Kyokushin. Choping/axe kick dia mmg 'solid' n cantik. Andy Hug ni yg menaikkan/mempopularkan K-1. Lwn dia pn besar, tetapi berjaya jg mengalahkan lawannya. Dia kalah pn pd lawan yg lebih besar dr dia.

Setelah beberapa lama lps tu, ku lihat ada pelatih yg menggayakan choping kick gaya ala2 Andy ni. Berjaya jg 'mandrem' aku. hehehe. Bro Bob pn cam minat dgn Andy nih.

Pd grading yg lps di PSAS, ku lihat jg beberapa para pelatih MRSM sms melakukan Choping/axe/downward kick ini nampak kicking nya 'solid' n cantik. Teruja jap aku. Akunya choping?... Ntah, xde org komen pn... Buruk la kots?... heheheheheheh
Pd yg x tau K-1 n Kyokushin ni apa, K-1 ni 1 jenis sukan kombet yg menggabungkan beladiri cam Tomoi, tkd, karate, savate, boxing, kickboxing dll bela diri utk menentukan yg terbaik. Kira no 1 la. Blh baca dlm ni Wikipedia n opisel web.

Kyokushin plak 1 aliran karate yg di asakan oleh Masutatsu Oyama. Mas Oyama ni bkn org Jepun pn org Korea. Pernah aku baca gak yg Gen. Choi jumpa dgn Mas Oyama ni. Ada gak Gen Choi minta Mas Oyama namakan beladirinya Taekwon-do drp karate ( ni aku lupa web mana la, blh la cari) utk naikkan nama Korea. Tp ntah camne Mas Oyama terus dgn Karate dia.

Andy Hug ni penah la jd juara K-1 1kali, naib juara 2 kali. Ok la tu utk bdn sedang2 cam dia. Juara2 ln mak aiii.. Besar2. Da org Eropah, sendiri mau ingat.

Aksi2 Andy Hug Blh di lihat di Youtube, opisel web , mushashi n web2 lain

Sayangnya 'Kawan' blkg rumah aku ni hayat x panjang. Meninggal tahun 2000. Mati akibat Leukemia.

Kalu mati Dalam kalimah Boleh la hadiah Al Fatiha.

Tuesday, December 1, 2009

Pakcik Ni Sorang

Salam

Ini mengenai seorang Pakcik (ku namakan Pakcik A) yg aku temui kira2 15 thn lps. Mukanya masih aku ingat lg. Bygan surau pn masih ku ingat lg (mungkin skrg da berubah.. yer lah da 15 thn), muka member jemaah n sapa amir jemaah masih lg terbayang di mata ku. Cuma bila, tahun, bulan n tarikh tu mmg ku lupa la.

Masa tu aku baru lps kuar 40hr, jd ada masa cuti lg, aku tambah plak kuar 3hr sekitar Lembah Kelang. Memula sampai tu dlm tghari la. Ye la.. Dr Sri Petaling pn da 11am lebeh. Duk jln2 n cari2 surau lg.. Amik masa la skit.

Pak Cik A ni dtg, biasalah dkt waktu zuhur. Bila aku terpandang Pakcik A ni dgn muka dia yg agak berseri hati kecik ku berbisik.. "Org tua ni mesti ada apa2 ni..." Tp aku x ckp apa2 la kt org ln. Lps salam dgn beliau n taaruf serba skit, Pak Cik A khabarkan surau sini sumer ok. Dr pengerusi hingga ke ajk sumer ok. Jemaah masuk ok je.. Perghh ada veto power pakcik A ni. Cuma kelihatan pakcik A ni jlnnya agak tak berapa lancar n betul. Uzur mungkin. Biasalah org tua. Kereta tua pn byk ragamnya..

Ku perhatikan pakcik ni, sms lps abih penerangan jemaah lps waktu magrib, beliau akan terus duduk abiskan zikirnya. Abis je, dia terus azan Isya'. 1 lg sblm azan subuh dlm 30-45min beliau dtg surau n bertahrim. Tabik aku kt pakcik A ni, da tua2 n uzur pn sanggup meredah pg2 hari yg sejuk utk ke Surau.

Spt biasa jemaah ni kalu dtg 1 1 masjid atau surau akan iktikaf selama 3hari. Mlm akhir tu, lps Isya pakcik A ni bersama dgn kami dgn agak lama. Dr cerita beliau persis org lama yg telah lama buat usaha. Mmg banyak cerita beliau.

Masa tu la beliau cerita mengenai kunjungan beliau ke Masjid Bangawali di Delhi, di samping keluar di sana, niat di hati mmg nak jumpa la Ulama2 pendokong Usaha Tabligh ni. Di samping tu minta la sikit ole2 yg berupa amalan spt zikir ke, salawat ke atau barang sedikit nasihat.

So pakcik A ni cerita mmg niat dia jumpa Maulana In'amul Hassan utk meminta zikir khusus la utk dirinya. Spt posting sblm ni katanya "Mmg Hadratjie ni kasyaf.. Beliau suruh amalkan aapa yg saya amal skrg. Insyallah sy akan solat dpn Kaabah tiap2 waktu." Masa aku dengar tu, cam terkejut je.. Hushhh cam ni pn ada. Pakcik A ni menerangkan lg kwn2 n guru beliau yg p haji ada lihat dia di solat di Kaabah walhal beliau di kampung saja. Bila cerita pasal Mekah seolah2 dia boleh tahu segenap ceruk Mekah. Beliau bgtau amalan tu diamal lps Solat Magrib sebanyak 1100 kali. Lps wirid tu konfirm masuk Isya tanpa lihat jam. Padan la aku duk tgk beliau abis je penerangan lps maghrib duduk abiskan zikir dia. Cuma pd masa tu sumer jemaah cam x bertanya apakah jenis amalan yg pakcik ni amalkan. Adehhhh. Aku pn lupa.. Xde rejeki. Tp yg jumlah 1100 kali tu mmg aku ingat sampe la ni. Rugi btl x tanya. Skali aku nk bertanya pd cfu aku ttg ni... Tp ntah cam ne masuk topik ln langsung lupa.

Pakcik A cerita ni pn bukan dalam keadaan riak atau bangga diri. Kita pn kdg2 blh tau org ni cakap lebih2 tp isi xde ke, ckp nk bangga diri ke, suka menonjolkan diri ke, nak mendominasi ke, nk tunjuk dia yg lebih ke, ckp berpura2 ke, ckp baik tp bermuka2 ke, ckp berlagak ke. Sendiri mau ingat la... Tp pakcik A ni xdo.

Lagi Jauh berjalan, Lg luas pemandangan.

Wallahualam.